Rabu, 6 Januari 2010

PAK BAKAQ, ANA TAK PERNAH BELAJAR SILAT! .. :)


PAK BAKAQ, ANA TAK PERNAH BELAJAQ SILAT! .. :)

Sedang berehat, melihat berita-berita internet menerusi HTC. Buka blog sendiri, ternampak satu artikle tulisan Pak Bakaq Haq (guru blogger kami) yang bertajuk, ”Aku nak berkelahi dengan wan ji pulak”.

Aku tersenyum membaca tajuk itu, dan terus membacanya. Penilaianku, pak Bakaq seorang yang suka merendah diri, ekoran itu beliau sering mengunakan istilah “aku orang jahil”. Dari beberapa sudut, aku amat respek dengan beliau berbanding orang-orang lain. Yang kadang-kadang, melebih dari respekku terhadap mereka yang bergelar “tuan Guru”.

Beliau sering menyebut, kita perlu pertahan kebenaran. Kalau yang buat zalim itu adalah pimpinan kita, kita kena lawan juga orang itu. walau ungkapan itu dari pak bakaq yang sering mendakwa, ”aku orang jahil”, tetapi ungkapan itu mempunyai kebenaran yang tidak boleh ditolak lagi.

Pun begitu, hari ini, Pak Bakaq ajak aku berkelahi. Aku faham bahasa Pak Bakaq, sepertimana aku memahami bahasa kawan-kawanku yang suka menggunakan bahasa kasar-kasar. Bahasa ajak berkelahi bermakna, pak bakaq memberikan pendapat terhadap artikleku tentang isu kalimah ”Allah”. Dan responku terhadap artikle itu adalah seperti berikut;

IKAN TERUBUK MASIN

Pak bakaq kata;

Macam sebilah pisau di tangan tauke kedai Cina dekat rumah kita. Ikut suka dialah kalau dia nak potong daging babi sekalipun dengan pisau tu. Yang kita bimbang ialah dia potong pula ikan terubuk masin yang dia nak jual kat kita selepas dia potong babi tu. Boleh jadi orang akan kata, itu sangkaan sahaja. Kita tak boleh hukum berdasarkan sangkaan. Memanglah, kita tak hukum. Kita berwaspada

Jawapan

Baru-baru ini, ada seorang kawan hantar sms kepadaku. Katanya, “Ustaz, apa hukum minum susu isteri kita?”

Membaca soalan itu, aku tergelak besar. Lalu, aku balas balik sms itu dengan kataku, “dalam dunia ni, banyak susu yang boleh minum. Kenapa anta nak minum susu isteri anta juga?” soalku.

Sengaja aku bertanya soalan itu, kerana mahu mengetahui jawapannya. Dan mungkin mantiq yang sama yang ingin aku gunakan apabila Pak bakaq sebut, pasal pisau pemotong babi yang digunakan untuk potong ikan terubuk masin.

Apakah dah tak ada kedai lain kita nak beli ikan terubuk masin? Mestikah beli ikan terubuk masin kat kedai yang kita tahu tokey dia jual babi?

Susah juga, sebab yang suka makan ikan terubuk masin ini, bukan kita sahaja. Orang islam yang lain pun, suka makan juga. Kalau kita yang jenis menjaga, mungkin kita tak beli kat kedai cina yang guna pisau potong babi. Tapi, tentang orang Islam lain pun, kita kena berhati-hati juga.

Mungkin itu yang akan kita fikirkan.

Padaku, semua ini boleh terjaga, kalau kita tetapkan undang-undang atau syarat-syarat yang ketat kepada penjual babi, agar tidak menggunakan pisau memotong babi ketika nak potong ikan terubuk masin. Sampai satu tahap, melayakkan mereka di saman.

Jika ini berjaya dilakukan, mungkin hak cina yang potong babi itu hendak menjual ikan terubuk masin tidak dinafikan, disamping kita orang Islam pun boleh beli ikan terubuk masin dari kedai cita tersebut.

Sama juga dalam isu menggunakan kalimah “Allah” bagi non Muslim. Adalah satu sikap yang silap, jika kita tidak bimbang dan waspada terhadap penggunaan kalimah “Allah” oleh non Muslim.

Sebab itu, dalam article yang lalu, aku menekankan agar keizinan ini diberikan dalam keadaan dikenakan syarat-syarat yang terlalu ketat. Seperti, membenarkan penggunaan kalimah Allah ini, pada tulisan didalam kitab-kitab mereka sahaja, tanpa membenarkan pada dinding rumah ibadat mereka, atau sebagainya.

Memang hak itu perlu diberi. Tapi, hak yang dimaksudkan adalah hak yang smemeangnya wujud dalam agama mereka. Bukannya hak yang direka cipta.

Aku masih ingat, semasa PAS mula-mula mengambil kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak terus menghalang penjualan arak dan menutup kedai-kedai judi, hasil peninggalan parti jahiliyyah, UMNO. tetapi, tindakan awal Tuan Guru adalah, mengadakan dialog dengan agamawan-agamawan dari agama lain, berbincang tentang isu arak dan judi.

Dalam dialog tersebut, didapati arak dibenarkan dalam agama mereka. tetapi, judi sememangnya terlarang sama sekali. Ekoran itu, di Kelantan kedai-kedai non Muslim dibenarkan menjual arak, tetapi dengan syarat bahawa penjualan itu dilakukan secara tertutup. Tetapi, diharamkan secara mutlak kedai judi di kelantan.

Inilah yang aku maksudkan dengan hak non Muslim yang perlu dibenarkan. Terutama dalam isu yang sedang diperkatakan sekarang, iaitu melibatkan kalimah ”Allah”.

HAK MENGIZINKAN

Kedua;

Pak Bakaq berkata;

Memang kita tak ada hak untuk larang dan halang mereka menggunakan kalimah Allah. Allah pun tak larang, macam mana pulak kita gatai-gatai nak larang (saya juga tertanya-tanya, jika kita tak ada hak melarang, adakah kita mempunyai hak untuk mengizinkan?)

Tetapi, sama seperti kita tidak ada hak untuk melarang mereka menggunakan kalimah Allah, puak-puak Herald-The Catholic Weekly dan para penyokongnya juga tidak ada hak untuk melarang dan menghentam hak demokratik saya dan orang lain untuk merasa bimbang dan waspada.

Jawapan

Hak diulas dan dikupas dari kacamata Islam, yang ia tidak ada beda dengan hak dari kacamata demokrasi. Semua orang yang ada hak, wajib diberikan ruang dia bersuara. Itulah pesanan Nabi SAW. Begitujuga, pesanan pemikiran aliran demokrasi.

Izin pula berlaku, apabila ada permintaan. Macam mana kita nak izin orang masuk dalam rumah kita, tanpa ada orang minta izin nak masuk dalam rumah kita.

Bagaimana seorang perempuan itu mengizinkan hatinya menerima cinta seorang lelaki, jika seorang lelaki pun tidak mengorat dia. Jika seorang perempuan berkata kepada seorang lelaki, “saya mengizinkan perasaan ini menerima cinta awak”, sudah pasti perempuan itu digelar “gadis pelik” tahap gaban. Lelaki itu pula, pasti akan merasa pelik dengan kehadiran perempuan tersebut.

Serupa juga dalam isu kalimah “Allah”. Jika non Muslim meminta hendak menggunakan kalimah “Allah” yang merupakan hak mereka didalam beragama, maka kita wajib memberikan hak mereka. Jika mereka tidak minta, buat apa kita gatai-gatai nak bagi. Lebih baik duduk diam.

Hak izin ini tertakluk dengan wahyu. Kita boleh izin, jika wahyu kata ia boleh. Tetapi, jika wahyu kata tidak boleh izin, maka haram kita bagi izin. Jika wahyu kata izin, tiba-tiba kita tak mahu bagi izin. Bukankah itu sudah menyanggahi wahyu? Kalau menyanggahi wahyu, apa beda kita yang beragama Islam dengan puak-puak ahli kitab yang dikira syirik oleh Allah SWT?

KEBIMBANGANKU

Padaku, hak non Muslim ini perlu diberikan. Pun begitu, pemberian itu hendaklah berasaskan kepada syarat-syarat yang ketat, agar kemudharatan kepada umat Islam dan kepada non Muslim itu tidak terjadi.

Mengambil sikap tidak memberi secara mutlak, membimbangkan PAS dilebel sebagai sebuah parti yang beraliran Taliban, mahupun iran. Persepsi ini perlu berhati-hati, kerana keadaan Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Taliban dan Iran amat jauh sekali.

Jika kita merenung jauh ke negara Afghanistan yang pernah diperintah oleh Taliban. Waima rakyatnya terdiri dari 90% ke atas beragama Islam, tetapi dengan beberapa tindakan Taliban, mereka jatuh tersembam ke bumi, menerima kekalahan. Sedihnya, sehingga kini tidak bangkit-bangkit dari kekalahan itu.

Begitujuga, kita tidak boleh bandingkan Malaysia dengan negara Iran, kerana majoriti rakyatnya beragama Islam (walau beraliran Syiah). Justeru, tindakan dengan meniru cara negara Iran dan Taliban adalah silap.

Aku tidak mengatakan kita meniru taliban dan iran, tetapi beberapa tindakan kita, seperti menghalang dari menggunakan kalimah ”Allah” secara mutlak, memungkinkan lebel ini akan tertempel kepada PAS, seterusnya memburukan lagi penerimaan rakyat terhadap PAS, malahan terhadap Islam itu sendiri.

Justeru, PAS perlu mempunyai ijtihad yang bersifat ”open minded”, bukan bersifat Konservatif, terutama dikala membawa Malaysia dalam era politik baru.

Sebelum penutup, aku ingin menyeru semua pembaca bertadabbur dengan ayat ini;

وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya;
“Sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”

(Surah Al-Anfal : 45)


Sekian

”Allah For All * Islam For All”

“Islam Adil Untuk Semua”

Wallahu ’alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Januari 2010 * 10:30 malam





4 ulasan:

Unknown berkata...

Bila pulak saya jadi guru kepada Ustaz?! Pandai2 hang ni!

Tak nak mabuk2 tea tarik ka malam ni? Makan maggi sup ka...

Aaifikir berkata...

Ya Allah semoga kau kurniakanlah fikiran yang tajam kepada Ustaz Wanji supaya dapatlah ia memberi penjelasan dgn terperinci akan isu-isu yang timbul dari semasa ke semasa ini ya Allah... Amin...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

http://anaksengat.blogspot.com/2010/01/bakistani-komen-yang-hilang.html- TAK PERLU SIAR.. UNTUK RUJUKAN SAHAJA

Kawe tak gaduh berkata...

Salam dan maaf Ust.

Kemusykilan saya sama seperti Hamba Allah yang sms pada Ust. itu.

Apa hukumnya jika saya "terminum" susu isteri? Bukannya minum dalam gelas! Tapi saya terminum semasa sedang "menyusu"!

Kawetakgaduh