PERLU BIMBANG, TAPI BAGAIMANA?
Kita bimbang kalimah "Allah" diselewengkan, itu sememangnya yang perlu difikirkan oleh setiap muslim. Cumanya, bagaimana kita mengurus kebimbangan itu?
Apakah cukup sekadar kita mengungkap perkataan "bimbang" sahaja? Apakah dengan kita menghalang orang bukan Islam dari menggunakan kalimah "Allah" itu merupakan tindakan bijak dalam kita menunjukkan kebimbangan kita?
Jika ini cara kita menunjukkan kebimbangan, samalah seperti orang yang berzina yang menyalahkan syaitan. Sepatutnya, apabila seseorang itu berzina, dia perlu menyalahkan dirinya, lalu dia bertaubat. Tetapi sebaliknya yang berlaku, iaitu dia tidak melakukan sedemikian, bahkan bertindak dengan terus menyalahkan syaitan dengan dakwaan bahawa dia berzina dengan sebab dia dipengaruhi oleh syaitan.
Inilah sikap kita - sebilangan pimpinan PAS - yang menghalang penggunaan kalimah "Allah" bagi mereka yang tidak beragama Islam.
PERBEDAAN PENDAPAT?
Perbedaan pendapat berlaku dalam perkara yang disandarkan kepada nas; al-quran dan as-sunnah. Sekiranya perbedaan pendapat tidak disandarkan kepada nas, pengurusan khilaf pendapat tidak berlaku. Lebih-lebih lagi, jika perbedaan pendapat itu berlaku dengan mereka yang tidak merujuk kepada nas, bahkan dengan mereka yang merujuk kepada tafsiran islam dari sudut sentimen semata-mata.
Sepatutnya, isu apakah boleh non muslim menggunakan kalimah "Allah" atau tidak, tidak sewajarnya ditimbulkan. Kerana perkara itu telah jelas menerusi nas. Bahkan yang dapat dilihat, tidak ada satu nas pun yang menghalang non muslim dari menggunakan kalimah "Allah". Tetapi, perkara yang perlu ditimbulkan adalah, bagaimana kalimah Allah ini difahami oleh non Muslim, dalam cara yang betul. seperti, cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan mengadakan wacana dan dialog dengan non Muslim.
Tindakan melarang kalimah Allah kepada non Muslim dengan dakwaan sayangkan islam atau bimbang dengan akidah umat islam tergugat, samalah seperti seekor beruang yang sayangkan tuannya. Apabila seekor lalat hinggap di muka tuannya, beruang rasa mahu jaga muka tuannya dari kena lalat itu dengan menampar lalat yang berada di muka tuannya itu. Agak-agak, apa yang akan jadi kepada tuan beruang itu? Begitulah juga dengan sebilangan pimpinan PAS kena fikirkan, jika mereka melarang kalimah "Allah" digunakan oleh Non Muslim.
Sekian
Wallahu Alam.
Al-Bakistani
ustaz_Bakistani@yahoo.com

- taman melewar
4 januari 2010 * 3:30 pagi
3 ulasan:
UMNO memang bodoh......politikkan isu ini..sekurang2 nya dalam PAS ada kepelbagaian pendapat dan ini menunjukkan PAS bukan parti yang bodoh sebab ade ramai ustaz2 yang bijak2 sebab tu ade banyak pendapat.......
Salam ustaz..,
Dalam soal kalimah Allah mmg ada perbahasannya samada dibolehkan atau tidak..Cuma persoalannya bagaimana kita menguruskan isu ini dalam kerangka fiqh.Smlm kebetulan ,dapat mengikuti kuliah ustaz Nasha,diterangkan daripada sudut figh nusus sehingga ke fiqh at-taqyir ttg isu ini.Antara nasnya,surah Al-A`raf ayat 180.Dan kita perlu melihat isu ini sbg agenda Iluminati dlm melaksnakan agenda kristianisasi kepada negara umat Islam.Malah dlm harakahdaily dan utusan,tok guru tidak setuju perkataan Allah digunakan..
http://www.youtube.com/watch?v=BC9v7OeOyDU
Catat Ulasan