JANGAN IZINKAN ”TALIBAN” MEMERINTAH MALAYSIA
Aku mendapat pendidikan di Pakistan; iaitu di sebuah negara yang bersebelahan dengan bumi jihad, Afghanistan. Semasa belajar di Pakistan, Afghanistan masih lagi diperintah oleh Taliban. Ramai guru-guru dan teman-teman sekelas berasal dari negara Afghanistan. Mereka sangat mempertahankan taliban.
Sekenal dan berkawan dengan ”pembawa bendera taliban” di Pakistan, penilaianku, mereka adalah golongan extreme. Pemikiran mereka jumud. Pemerintahan yang tidak mempunyai siyasah syariiyyah, menyebabkan mereka ditolak oleh rakyat mereka sendiri.
Islam yang indah, dilihat jelek. Islam yang adil, dibenci sedemikian rupa. Semuanya berpunca, islam yang mereka perintah bukan untuk memenuhkan keperluan ilahi, tetapi memenuhkan kehendak hati mereka sendiri.
Islam ala taliban adalah islam yang tidak mengerti erti kemanusiaan. Justeru itu, mereka keras dalam bertindak. Tindakan keras itu, menyebabkan majoriti rakyatnya sentiasa hidup dalam ketakutan.
Tidak dinafikan, banyak kebaikan yang mereka lakukan; iaitu kejayaan mereka melaksanakan hukum hudud, qisas dan sebagainya. tetapi, maqasid disebalik perlaksanaan hudud mereka tidak berjaya laksanakan.
Mereka melihat negara Islam adalah negara hukum. Lantaran, islam ala mereka, hanya memenuhkan keperluan jinayah syariyyah. Walhal, negara Islam bukan sebuah negara yang hanya memfokuskan kepada jinayah syariiyyah sahaja, bahkan negara Islam yang sebenar adalah negara yang mempunyai unsur kasih sayang, keadilan terhadap rakyat, tidak kira terhadap mereka yang beragama islam, mahupun non Muslim.
Jika ditanya, antara Afghanistan pemerintahan taliban dengan Kelantan pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sudah pasti aku akan menjawab, pemerintahan Islam dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz jauh lebih adil jika mahu dibandingkan dengan Taliban.
Tidak hairan, semasa aku belajar di mesir, Tuan Guru Haji Hadi yang ketika itu merupakan Menteri besar Terengganu ada berkata bahawa ”kita tidak perlu meniru Taliban”. Ucapan tuan guru itu diungkap semasa beliau melakukan satu lawatan rasmi ke Mesir.
Memang Taliban sudah tidak memerintah. Pun begitu, pemikiran ala taliban ini masih subur dalam pemikiran sebilangan pejuang-pejuang islam di dunia. Justeru, jangan dibiarkan pemikiran ala taliban ini subur di Malaysia, kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada Islam, bahkan banyak mendatangkan fitnah terhadap islam itu sendiri.
Sekian
”Allah For All * Islam For All”
“Islam Adil Untuk Semua”
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Januari 2010 * 6:12 pagi
4 ulasan:
alhamdulilLaah ustaz masih iktiraf TGHH.
jadi bolehlah ustaz masukkan balik gambar TGHH di heading blog ini, yg tlh di delete sejak panas isu 'erdogan' vs 'perpaduan' yg dimanipulasikan oleh umno troopers dan tlh pengaruhi emosi dan fikrah ustaz.
ya..... masukkanlah semula gambar TGHH yg mulia itu.
Salam
Saya membaca novel-novel Khaled Hoseni baru tahu apa rasa yg dideritai oleh rakyatnya.
Islam itu indah.
Orang-orang yang melakukan kezaliman dengan menggunakan Islam sebagai alasan itu yang merosakkan imej agama.
:(
Apakah pandangan ustaz ttg usrah 'Taliban' di Kelantan?
Jauh perbezaan antara golongan yang tidak setuju penggunaan nama Allah dalam bible versi Melayu dgn Taliban di Afghanistan...
Catat Ulasan