Isnin, 4 Januari 2010

TOLONG JANGAN HILANGKAN SIQAHKU KEPADA TOK GURU !!


TOLONG JANGAN HILANGKAN SIQAHKU KEPADA TOK GURU !!

Aku mula mengikuti perkembangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz semenjak berumur 12 tahun. Ketika itu, keluargaku bermazhab UMNO, dan aku sedang menghafaz Al-Quran di Institut pendidikan Al-balaghul Mubin, Pasir Mas, Kelantan.

Sejak itu, aku amat kagum dengan beliau disebabkan kesederhanaan, gaya kepimpinan dan kebijaksanaan dalam beliau mengeluarkan kenyataan agama dan Politik. Sebarang isu agama yang susah dirungkai, agak mudah difahami apabila dikupas oleh beliau. Sebarang kekusutan politik dalam memahami sesuatu isu, kupasan beliau menyebabkan kita merasa mudah untuk difahami.

Semasa isu Islam hadhari sedang hangat diperkatakan. Tuan Guru Haji Hadi telah mengupas isu ini dari sudut yang terlalu ilmiyyah. Dalam satu ceramah, Tuan Guru Haji Hadi, beliau terpaksa mengambil masa hampir 1 jam setengah untuk mengupas isu ini.

Tetapi, apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz berceramah sejurus Tuan Guru Haji Hadi, beliau menyebut, “Islam hadhari ni, kalau kita nak fahamnya, macam orang malas pergi makkah, tapi kedekut. Bila ada orang nak gi ke makkah, dia kirim kat orang itu serban, jubah, tasbih dan macam-macam. Lepas tu, dia pakai jubah, pakai serban, bawa buah tasbih, dia pergi pejabat pendaftaran, kemudian tambah “Haji” kat depan namanya dalam IC.. begitulah kalau kita nak faham beda antara Islam hadhari dengan Islam yang sengoti (sebenar)”

Kata-kata ringkas yang tidak sampai lima minit itu, sudah cukup untuk kita memahami maksud Islam Hadhari yang sesat menyesatkan itu. begitujuga, ketika beliau mengupas ketika UMNO di zaman Tun Dr Mahathir mengisytihar Malaysia sebagai Negara Islam.

“kereta sorong kalau bubuh lambang Volvo, takkan kita nak kata kereta sorong itu kereta Volvo kot” analogi ringkas tok guru, tapi menarik dan mengkelakarkan.

Cara berfikir sebeginilah, menyebabkan aku menaruh minat yang tinggi untuk mendalami dan memastikan dimanakan tempat pendidikan Tuan Guru. Didapati bahawa beliau menuntut ilmu di India, Pakistan dan mesir, maka aku pun mengambil sikap untuk belajar di bumi tempat Tuan Guru belajar.

KAGUM

Kepimpinan Tok Guru semakin dikagumi, apabila yang menyanyangi Tok Guru bukan orang agamawan, orang surau dan masjid sahaja, tetapi golongan artis mula meletakkan respek tidak berbelah bahagi terhadap Tuan Guru. Amy Search antara artis terkenal tidak segan silu bergambar dengan Tuan Guru.

Mungkin itu dulu, tetapi tidak sekarang, iaitu semenjak isu PMBK mula diperkatakan. Isu yang melibatkan kepada anak dan menantunya.

Hari ini, kedengaran berita bahawa sudah tersebar banner-banner yang terpampang di sekitar Kelantan yang mencela Tuan Guru nik Abdul Aziz dan menantunya. Sebenarnya, kekagumanku kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz semenjak isu yang melibatkan menantunya ini, sedikit demi sedikit telah menghilangkan kesiqahanku terhadap Tuan Guru. Lebih-lebih lagi, apabila Tuan Guru sendiri dilihat seperti masih lagi mempertahankan menantunya yang telah terbukti telah memberikan imej yang buruk kepada PAS dan diri Tuan Guru sendiri.

Pada diri Arif, mungkin dalam jangka hampir 3 Jam berbual dengan beliau bersama dua orang blogger lagi di Restoran Taqwa, aku agak mengenali beliau dan apa yang beliau fikirkan. Cara beliau melontarkan isu, cara beliau menjawab soalan, cara beliau memprovokasi, sudah dapat diagak sekadar mana cara beliau berfikir, cara beliau mempengaruhi dan mengambil peluang dari kawan dan lawan.

Dalam keadaan sedemikian pun, dilihat Arif masih lagi duduk di kerusi empuk sementara menunggu bulan Mac yang tidak diketahui, dalam jangka masa yang bermula dari hari ini, apa akan jadi pada kesiqahanku terhadap tuan guru Nik Abdul Aziz.

ARIF – KRONISMA & NEPOTISMA

Padaku, bukan isu arif atau tidak. isunya adalah, arif adalah menantu Tuan Guru, sedang Tuan Guru Menteri besar. Jika Tuan Guru bukan Menteri Besar, pasti ia tidak menjadi masalah dan kebimbangan.

Apabila disebut menantu, sudah pasti akan kedengaran satu istilah yang disebut “Kronisma” dan "Nepotisma", walhal kroni dan nepotisma ini telah diserang oleh PAS semenjak pemerintahan Mahathir sehingga zaman pak lah.

Jika dahulu, PAS amat kuat menyerang kroni dan nepotisma tetapi mengapa perkara ini dipertahankan oleh tuan Guru, apabila ia melibatkan menantu Tuan Guru sendiri?

Aku berharap, agar Tuan Guru dapat berfikir tentang pandangan dan persepsi kami terhadap Tuan Guru sejak kebelakangan ini. yang paling aku harap, jangan sampai kesiqahanku terhadap Tuan Guru luput sama sekali, sepertimana luputnya kesiqahanku kepada ramai tokoh-tokoh ulama dalam PAS yang lain, sehingga aku tidak pernah merasa bersalah apabila mengkritik mereka.

Aku berharap, Tuan Guru memahami kami. Tidak lupa juga, pesanan kepada Ariffahmi yang selalu menyempatkan masa untuk membaca blog ini, walhal dia seorang COO. Aku berbangga, kalau article ini, Arif print, dan berikan kepada Tuan Guru sendiri.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Januari 2010 * 3:11 petang

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
1-g..mungkin taknak panggil ustaz dah kot..ana ni kenal la anta..ngaji skali ngan anta..kenal sangat2..cumanya agak sedih bila anta kena bela dengan khalid samad..menyebabkan anta mula menjadi boneka setia khalid samad..tahniahlah..apapun,orang agama yang digunakan dan dibela..
jangan sampai adengan tunjuk jari ke dahi berulang kembali..
tok guru bukan maksum..dulu anta kritik tok guru haji hadi abis abisan..angkat tok guru nik aziz tinggi2,sekarang kata plak kat tok guru nik aziz..
anta telah membantu orang-orang yang nak menjahanamkan PAS dengan menyerang peribadi tertentu.anta tak rasa la sebab dok kena bela jah dengan depa..
nasihat ana..baik anta jaga sekolah anta elok2,dari dok kena bela dan cari publusiti murahan macam ni..

Hairul Nizam Mat Husain berkata...

Kenapa perlu rasa tidak thiqah pada pimpinan. Selagi mana yang dilantik itu layak, maka tidak ada sebarang masalah. Sayyidina Uthman juga melantik keluarganya sebagai pembantu dalam eza khilafah Islamiah. Yang salah adalah apabila keluarga yang dilantik tidak layak dan dijadikan untuk mengaut keuntungan peribadi.

kalau anda mempunyai kritikan kepada pimpinan, bukannya dengan mendedahkan kepada media. Terus berjumpa dengan kepimpinan itu lebih baik kerana kadang-kadang idea dan pandangan kita rupanya salah dan tidak tepat sebenarnya.

Bersamalah dengan perjuangan PAS atas dasar keikhlasan memahami kewajipan berjamaah, bukannya kerana suka kepada individu dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

awat?

kalau kau dah tak siqah ngan tok guru ingat dia akan jatuh ke?

jgn nak perasan hebat la. lu sape bro. menyampah tul ngan org yg perasan hebat camni

bagus la kalau hafaz quran. quran ajar kita adil. pemimpin pas yang mula2 keluar statement sebelum pas buat meeting adalah khalid samad

so nape kau tak tibai dia. kalau nasa yg buat cepat je kau

HaHs berkata...

Aslmkm!

Takpelah!

Yg penting Arif akan letak jawatan berkuatkuasa Mac 10. Bersyukur gak tok guru terima nasihat pimpinan Pas pusat utk menasihati menantunya letak jawatan dan telah pun letak jawatan tersebut. Kita ambil tindakan cara hikmah le.

Sedangkan apabila Pr ambil alih, isu tadika kemas, balairaya serta ketua kampung atau Ajk agama dan sebagainya yg dianggotai org Umno BN pun kita tak berupaya nak arah mereka letak jawatan kerana mengelakkan perselisihan serta persepsi rakyat walaupun kita berhak dan terang2 mereka dah kalah.

Inikan pula, org terdekat kita. Kalo anak kita boleh desak atau paksa, itupun kalo dia masih bawah umur. Inikan pulak menantu. Suami anak kita serta bapa cucu2 kita. Tambahan kalo ditekan dan disokong oleh anak dan isteri kita juga. Serba salah jadinya. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

Kalo kita pecat serta merta jadi fitnah dan silap haribulan keluarga berantakan, nanti org kata plak keluargapun tak boleh jaga, inikan kerajaan. kalo kita biarkan kelak jadi bala dan huru hara. Kalo tuduhan tu fitnah pun tetap burukkan tok guru dan kerajaan kelantan. Mungkin itu pendekatan terbaik dan terlembut buat masa ini. Berbanding wazir 2 org yg meletakkan jawatan yg diulas oleh Kickdefella, itu jawatan penasihat personal. Dia berhak tukar bila2 masa. Itupun dengar2 bukan sebab desakan keluarga tetapi desakan pimpinan Pas pusat yg kononnya penasihat beliau bagi nasihat yg salah. Wallahu A'lam. Sendiri fikirlah!

Tanpa Nama berkata...

Kita berpihak pada kebenaran mengikut ilmu dan maklumat yang kita perolehi. Bukannya kita berpihak pada tuan guru atau ulama'. Mereka boleh jadi benar dan boleh jadi tersilap. Kita mendoakan mereka diberikan pahala oleh Allah kalau mereka tersilap dalam keadaan matlamat dan tujuan mereka adalah untuk kebaikan Islam. So, padangan kita hari ini mungkin berbeza dari semalam mengikut ilmu dan maklumat yang kita perolehi. Jadi Wan G tak silap dalam hal ini, cuma mungkin beliau perlu terus mencari maklumat dan ilmu itu.
Nanti kata aku wahabi pulak!

Fikrah pas berkata...

alohla budak2 sekolah sume ni