Selasa, 5 Januari 2010

TOLONG JANGAN HINA TOK GURU !


TOLONG JANGAN HINA TOK GURU !

Aku sudah tidak tertahan lagi, apabila mendengar penghinaan yang dilakukan terhadap Tok Guru nik Abdul Aziz. Sekarang ini, yang mempertikaikan tok guru, bukan orang UMNO sahaja, bahkan sebilangan pimpinan tertinggi PAS juga sudah mula mempertikai tindakan tok guru dalam isu yang melibatkan ariffahmi.

Mereka bukan sebarangan orang. Mereka bukan orang yang mendapat untung dikala PAS sudah diterima. Tetapi, mereka amat dikenali kerana keistiqamahan mereka dalam perjuangan PAS sejak sekian lama; sejak ceramah PAS dihadiri oleh puluhan dan ratusan orang sahaja. Berbeda kini, yang mendengar ceramah PAS sudah menjangkaui ribuan lautan manusia.

Memang tidak diketahui, siapa yang sebenarnya yang mengangkat banner yang mengandungi unsure penghinaan terhadap Tok guru. Tetapi, aku tidak dapat nafikan betapa ada sebilangan rakyat bawahan sudah bercakap-cakap tentang isu Ariffahmi. Bahkan, aku yakin masih ramai yang tidak berpuas hati, tetapi mereka mengambil sikap membiarkan begitu sahaja.

Kalau dahulu, sebarang penghinaan yang dilakukan terhadap tok guru, pasti aku akan mempertahankannya sekadar kemampuan yang ada. Tetapi, dalam isu ariffahmi, apabila istilah "kronisma" dan "nepotisma" kedengaran, aku tidak termampu hendak mempertahankan Tok Guru lagi.

Ya.. memang tidak dinafikan, sirah membuktikan saidina osman pernah melantik "anak beranak" memegang jawatan dalam kerajaan ketika beliau menjadi Khalifah. Tetapi, sesuatu yang tidak dapat dinafikan, hubungan anak beranak itu, sedikit sebanyak telah melahirkan fitnah dalam sejarah islam.

Mungkin kita hanya melihat pertembungan antara Ali dan muawiyyah sehingga berlaku peperangan dan pertumpahan darah. Tetapi, pernahkah kita fikir, bahawa hubungan antara osman dan muawiyyah adalah sepupu.

Memang Muawiyyah dilantik menjadi gabenor islam di Syam pada zaman Umar bin Al-Khattab. Tetapi, hubungan kekeluargaan Muawiyyah dengan saidina osman menyebabkan pertembungan terhadap osman melahirkan pemberontakan dari pihak muaawiyyah terhadap Ali yang kononnya tidak mahu mempeertahankan osman yang merupakan sepupunya. Ekoran dari kejadian itu, berlakulah peperangan yang merupakan awal fitnah yang menimpa dalam sejarah selepas kewafatan nabi SAW.

Jika dibaca buku-buku mereka yang bermazhab syiah, sudah pasti kita akan berjumpa bagaimana penghinaan terhadap Muawiyyah dilakukan dengan begitu hebat. Cumanya, dari kitab-kitab sunni pula, mereka masih lagi mengatakan larangan penghinaan terhadap Muawiyyah dengan alasan Muawiyyah adalah 'ahl Al-badar'.

Alasan puak-puak sunni, peperangan itu tercetus dari ijtihad Muawiyyah dan Ali. Justeru, nabi Saw menyebut, jika benar ijtihad seseorang itu, maka baginya dua pahala. Jika salah ijtihadnya, maka baginya satu pahala sahaja.

Apa yang pasti, ijtihad itu ada yang betul dan ada yang salah. Antara kedua-dua; muawiyyah dan Ali, siapakah yang salah, siapa yang betul? Tidak diketahui, bahkan hendaklah diserahkan semuanya kepada Allah SWT. Pun begitu, jika dibaca kitab karangan Abu Hasan Al-As'Ari, iaitu pengasas aliran Asyairah dalam aqidah, dengan terang beliau menyatakan bahawa ijtihad Muawiyyah salah, justeru baginya satu pahala.

Soal, apakah ijtihad muawiyyah itu benar-benar salah, tidak perlu diperdebatkan. Kita serah kepada mereka yang berkeahliah. Tetapi, apa yang kita boleh belajar, factor anak-beranak dalam pemerintahan merupakan satu factor yang memungkinkan berlaku fitnah. Justeru, ia wajar dielakkan.

Dalam politik, factor anak beranak melahirkan fitnah yang cukup besar. Perlantikan anak beranak memang tidak salah dari sudut islam, tetapi dari sudut etika dan persepsi, ia amat dilihat sesuatu yang cukup besar.

Tanpa meraikan persepsi, keuntungan islam yang lebih besar akan dirugikan. Ini kerana, apabila dapat persepsi buruk dalam politik, perlaksanaan islam yang sudah hampir berjaya, akan tertangguh; mungkin kerana kalah dalam Pilihanraya, ataupun kekurangan kerusi. Justeru, apa pula hokum menangguhkan usaha perlaksanaan islam? itu yang perlu difikirkan.

PERSEPSI TERHADAP TOK GURU

Aku bimbang persepsi terhadap tok guru semakin hari semakin buruk. Apabila mendengar perbualan kedai kopi, tajuk "PMBK" akan memperdengarkan kepada kita ayat-ayat yang tidak menarik terhadap tok guru.

Penilaianku, factor ayat-ayat tidak menarik terhadap tok guru ini keluar, berpunca dari isu yang melibatkan menantunya, Ariffahmi. Tidak dinafikan, Tok guru sudah menerima nasihat daripada atasan PAS Pusat dengan meminta agar Arif meletakan jawatannya, tetapi dalam jangka masa mahu sampai ke bulan Mac ini, semakin hari semakin kedengaran perbualan-perbualan yang buruk terhadap tok guru.

Aku teramat bimbang perkara ini. sejak arif diminta berhenti, iaitu dalam bulan lepas sehingga hari ini pun, sudah kedengaran orang sanggup mengatakan macam-macam perkara terhadap tok Guru. Itu baru sebulan lebih sahaja. Tidak diketahui, apa akan terjadi ketika sampai bulan Mac nanti yang memerlukan masa hampir 2 bulan lagi. Itu yang aku amat bimbang.

Wahai Arif.. tolonglah. Janganlah sampai rakyat hilang siqah kepada tok guru.. wahai Arif, ana merayu kat anta, tolonglah jaga persepsi rakyat terhadap tok Guru… ana merayu kat anta Syaikh..…

"Ya Allah, kekalkan sayangku dan siqahku kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz"

Sekian

"Allah For All * Islam For All"

"Islam Adil Untuk Semua"

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Danau Kota
5 Januari 2010 * 10:58 malam

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum.... Saya terfikir apa yg To' Guru Nik Aziz cakap " saya tak tahu di sisi SPRM/undang² benda ni salah "... sebab,sebelum TGNA buat keputusan melantik ariff fahmi,dia dah rujuk pakar undang-undang/peguam,keputusan itu juga melalui mesyuarat,saya difahamkan TGNA juga merujuk Husam... xkan org² ni semua xtahu yg benda tu salah di sisi undang²,kenapa Husam x nasihat??? kenapa pakar undang²/peguam tu x nasihat??? ahli² mesy. lain xkan diam je??? tp skrg baru Husam buka mulut menulis kat blog,apa cerita ni??? ada agenda ke???

Tanpa Nama berkata...

Ariffhami tak cuba "beli" anta ke. Blogger lain dah kena beli.

GOMO berkata...

saam bro, bukan nak menghina nik ajis ni. tapi realitinya jelas. harap semak sebelu nik ajis masuk PAS dari mana Parti pertamanya.

Nizam Mahmud berkata...

Ustaz,

Saya ingin menyanggah beberapa pendapat enta dan menyokong beberapa pendapat yang lain.

Saya mulakan dengan yang saya sokong dahulu:

1. Ustaz kata

"Pun begitu, jika dibaca kitab karangan Abu Hasan Al-As'Ari, iaitu pengasas aliran Asyairah dalam aqidah, dengan terang beliau menyatakan bahawa ijtihad Muawiyyah salah,.."

Saya sokong bahawa itjihad Muawiyah itu salah.

Tapi saya sanggah yang kenyataan Ustaz ini:

2. Ustaz sambung lagi

"justeru baginya satu pahala."

Tapi saya bantah fatwa bahawa bagi Muawiyah satu pahala.

Kalau sesuatu pendapat itu tidak mendatangkan mudarat yang besar, atas nyawa, kehormatan dan harta benda, mungkin ini yang dimaksudkan dalam hadith bahawa itjihad ini mendapat satu pahala.

Tapi kalau itjihad yang salah, dan menyebabkan kemusnahan harta benda, nyawa dan kehormatan, apakah boleh dikatakan juga mendapat pahala dari nya?

Saya bantah!

Nizam Mahmud berkata...

Ada lagi kenyataan Ustaz yang saya sokong:

3. Ustaz kata

"Kalau dahulu, sebarang penghinaan yang dilakukan terhadap tok guru, pasti aku akan mempertahankannya sekadar kemampuan yang ada. Tetapi, dalam isu ariffahmi, apabila istilah "kronisma" dan "nepotisma" kedengaran, aku tidak termampu hendak mempertahankan Tok Guru lagi."

Saya sokong Ustaz 100%.

Sebabnya saya pernah membaca kecaman Allah dan baginda Rasulullah terhadap pengikut Nasrani.

Dari Surah al-Taubah, ayat ke 31.

Allah Taala berfirman:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Maksudnya: “mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.” [al-Taubah: 31].

Apabila Adi bin Hatim radiallahuanhu datang berjumpa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam untuk memeluk Islam, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam membacakan ayat ini kepada Adi bin Hatim. Adi kemudiannya mengatakan: “Sesungguhnya (kaum Nasrani) tidak menyembah mereka (paderi dan rahib)”. Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam menjawab: “Bahkan (mereka menyembah para rahib dan paderi) kerana para rahib dan paderi mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram lalu mereka mengikutinya, itulah sembahan mereka terhadap para paderi dan rahib mereka”. [Ibn Kasir, 4/135].

Dari hadith ini, jelas menunjukkan bahawa pengikut Nasrani itu telah disesatkan dengan "wala" dan "thiqah" pada kepimpinan paderi dan rahib mereka apabila mereka menerima saja tanpa membantah "itjihad" salah dari para "ulama-ulama" mereka ini.

Dalam satu Hadith lain, Nabi bersabda:

"Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.
Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?
Nabi saw menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka?
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Umat terdahulu itu, yakni kaum Nasrani telah melakukan kesilapan apabila mengiyakan saja apa yang diputuskan oleh para agamawan. Mereka silap besar apabila "wala" dan 'thiqah" walaupun terhadap suatu 'itjihad" yang silap.

Dan kesilapan ini adalah amat besar dosa nya hinggakan Allah menyamakan perbuatan itu dengan "menyembah" para agamawan. Syirik!

Tindakan Ustaz membantah pendirian Tok Guru Nik Aziz (yang juga saya amat hormati) dalam soal ini saya sokong sebab Ustaz telah enggan mengikut jejak-jejak kesilapan umat terdahulu dan berpegang teguh pada apa yang Nabi ajarkan.

saya doakan semoga Allah merahmati dan melindungi ustaz dan memurahkan rezeki. Harap Ustaz dapat doakan saya juga begitu.

Wassalam

Ibnuqalil berkata...

TOLONG JANGAN HINA TOK GURU HAJI HADI juga....

Ana sayang kedua-duanya.

Tanpa Nama berkata...

bro wan ji!!

aku rasa ko pun main peranan simbah minyak dlm api...ckp berbelit seolah pembela tok guru, tapi dlm samar ko bukak aib tok guru.

ws

majid berkata...

bro wan ji!!

aku rasa ko pun main peranan simbah minyak dlm api...ckp berbelit seolah pembela tok guru, tapi dlm samar ko bukak aib tok guru.

itu lah wanji sebenarnya kalau kau nak tau