Isnin, 4 Januari 2010

ISU KALIMAH "ALLAH" : KENYATAAN RASMI PAS


KENYATAAN RASMI PAS

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

"Allah For All * Islam For All"

"Islam Adil Untuk Semua"

p/s : diharapkan, agar kenyataan PAS Pusat ini tidak dikafirkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. (sila Klik)

2 ulasan:

Warrior berkata...

TGHD bukan kafirkan lah. Kamu ni nama je belajar agama tinggi.

Dia sebut boleh membawa kepada kekufuran. Kafir dan "boleh membawa kepada kekufuran" lain bang. Jauh beza tu.

No 2, aku nak tegaskan kepada kau lah supaya kau faham sikit seni politik Malaysia (sebab macam naif sangat aku tengok, sorry) dalam statement Presiden ni.

Statement rasmi presiden tu sama je macam Us nasarudin hasan. Depa kata boleh pakai, tapi mesti pada cara yg betul.

Dengan kata lain, tak boleh pakai dgn cara yg salah. Contoh Allah itu Jesus ke, Jesus diri Allah ke. Allah itu Jesus dan Roh Kudus ke. Allah dan Jesus itu satu ke (bukak Bible la, jumpalah nanti)

Sebab itu Presiden bagi Surah Al Imran ayat 64

Dgn kata lain, mesej tersirat adalah Kristian Katolik tak boleh pakai sebab mereka menisbahkan Allah pd konsep triniti. Kalau nak pakai, mesti kepada maksud Tuhan yg sebenar, Yg Maha Esa.

Boleh faham ke tidak ni?

Tanpa Nama berkata...

kalo tak paham ko leh la masuk PASTI..takpon ko tanya ngan Ridhuan Ismail..kan ker diaamik USULUDDIN..
Alim sangat jer aku tgk dia daripada ko wanji.. ini pandangan aku la kan..

-ibn hilal