Sabtu, 9 Januari 2010

HARI JUMAAT YANG SPOIL



HARI JUMAAT YANG SPOIL

Peluh berjurai-jurai. Ahmad masih lagi berada di sawah untuk menyelesaikan tugas hariannya. Dia terlupa, hari tersebut adalah hari jumaat.

"mad.. Hang tak pegi sembahyang ka?" tiba-tiba terdengar teriakan haji samad yang lalu disitu. Dia pakai baju melayu, berkopiah dan berkain palaikat.

"aku nak sembahyang pukul 3 nanti la.. Kerja banyak lagi ni" jawab ahmad.

"kepala hotak hang. Mana ada solat jumaat pukul 3" balas haji somad.

"laaa... Aku lupa la.. Macam mana boleh terlupa hari ni, hari jumaat" bisik hati ahmad.

"woit... Aku terlupa la, hari ni, hari jumaat" kata ahmad kepada haji somad.

Ahmad segera bergegas balik ke rumah. Bersiap-siap untuk menunaikan solat jumaat di masjid kampung.

Dilihat pada jam dinding sudah mencecah pukul 1:05 tengahari. Pada hari itu, waktu solat zohor masuk pada pukul 1:20. Nampaknya, ahmad memerlukan 15 minit untuk mandi, pakai pakaian dan bergegas ke masjid.

Setelah siap, ahmad terus memakai topi keledar, dan naik motor, memandu laju ke masjid.

Sesampai sahaja di masjid, kelihatan para jemaah sedang menunaikan solat. Dia ketinggalan khutbah.

Belum sempat imam rukuk lagi, dengan segera ahmad naik atas masjid, dan bertakbiratul ihram.

"lega aku dapat rakaat ngan imam hari ni" bisik hati ahmad.

Dia pun membaca fatihah. Tidak sempat habis, imam pun rukuk, lalu dia pun turut rukuk.

Semasa dia rukuk, terlihat dikakinya, menyebabkan hatinya berkata, "alamak... Macam mana aku boleh terlupa buka selipar ni"

Perlahan-lahan dia buka selipar.

Ketika imam sujud pula, tiba-tiba "bummm"

Rupa-rupanya, ahmad terlupa nak pecat topi keledar.

Sekian

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Setapak
9 januari 2010 * 6:45 petang

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lawaknye ustaz.. tp ada pengajaran dkt situ.. tersurat mahupun tersirat.. i loike :)

Tanpa Nama berkata...

Bakpo gitu... hehehe..

abgBro berkata...

hahahaa lawak2

Redz da Tsar berkata...

Hehe... Bagus jugak untuk pengajaran dan humor...

Tanpa Nama berkata...

ko boleh buat lawak lagi.
ko tau tak harun din dok kapiq kat ko.
ko memang bodoh.

serirasahati berkata...

sehabisnya saya tak nak gelak tapi tergelak jugak...pandai ustaz buat lawak ya.

bukan pengaruh cerita di atas, sungguhpun orang tak pujuk tapi saya rasa sedikit sejuk...hehehe

dan pengajaran utk cerita di atas...

gopoh gapah dan tergesa-gesa itu dari syaitan, walau dalam hasrat meraih pahala tapi jika tidak memberi masa utk sedikit bertenang, akan mengundang kesalahan dan buat 'gelak kat orang jer'...

utk usaha dakwah ustaz ni,harap ustaz lebih berhati-hati di masa depan... :D

Tanpa Nama berkata...

apa? korang ingat harun din pun berhati2 ka??. dia kafiq kan orang tu macam mana pula??

Tanpa Nama berkata...

memanglaaaa.

harun din tu ulama.
dia buat salah pun. maka itu betul.

bakistani ni bukan ulama. dia buat betul pun. maka itu salah.