Rabu, 6 Januari 2010

ANJURAN QURAN KEPADA KITA TERHADAP AHLI KITAB


ANJURAN QURAN KEPADA KITA TERHADAP AHLI KITAB

Nasrani Najran datang beramai-ramai berjumpa dengan Nabi SAW. Mereka berhujjah dengan Nabi SAW tentang Allah mengikut kefahaman mereka, iaitu – pada mereka – Allah itu ketiga dari tiga (triniti) seperti yang difirmankan oleh Allah;

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ وَاحِدٌ

Maksudnya;
“Sesungguhnya telah kafir mereka yang mengatakan bahawa Allah itu ketiga daripada tiga. (sebenarnya) tiada daripada tuhan itu, melainkan tuhan yang esa”

(Surah Al-Maidah : 73)

Nabi Muhammad SAW mengemukakan segala hujjah, tetapi mereka tetap tidak mahu mengalah, waima mereka sudah tidak mempunyai hujjah untuk menjawab segala hujjah-hujjah yang telah dikemukakan oleh Nabi SAW.

Ketika itu, Nabi SAW menyeru mereka agar bermubahalah, dengan turunnya firman Allah;

قُلْ ياأهل الكتاب تَعَالَوْاْ إلى كَلِمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

Maksudnya;
“Katakankah wahai Ahli Kitab, marilah kepada kalimah yang sama antara kami dan antara kamu”

(Surah Al-Imran : 64)

Apa yang dapat dilihat, seruan nabi SAW itu tidak berani disambut oleh Nasrani Najran. Ini kerana, dalam mubahalah itu, Nabi SAW menyebut sepertimana yang Allah nyatakan dalam al-Quran.

Firman Allah;

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ إِلَّا مِنْ بَعْدِهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Maksudnya;
”Wahai Ahli Kitab, mengapa kamu bantah membantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berpikir?”

(Surah Al-Imran : 65)

Apa yang pasti, Yahudi dan nasrani mempunyai satu pendapat melibatkan Nabi Ibrahim A.S. Dalam kitab mereka – sama ada taurat atau injil- ada menceritakan tentang nabi Ibrahim.

Kitab Taurat dan Injil diturunkan selepas kewafatan Nabi Ibrahim A.S. justeru, apabila Yahudi dan Nasrani mendakwa bahawa Ibrahim A.S mengikut taurat dan Injil. Ini membuktikan bahawa Yahudi dan nasrani telah melakukan penyelewengan terhadap dakwaan mereka. Ini kerana, bagaimana Ibrahim A.S boleh tercatit sebagai mengikut kitab Taurat dan Injil, walhal ketika turunnya kitab Taurat dan Injil, Ibrahim telah wafat.

Ini merupakan bukti terhadap penyelewengan Nasrani Najran dan yahudi ketika berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. mereka ”terkantoi” ketika berdebat dengan Nabi Muhammad SAW, apabila Allah menurunkan ayat ke-65 dari surah Al-Imran
[1].

PENGAJARAN

Dari kisah yang dikemukakan menerusi surah Al-Imran, ayat 64 dan 65 ini, menampakkan kepada kita cara dan kaedah yang terbaik dalam berhadapan dengan golongan agama lain dalam isu kalimah ”Allah”. Nasrani dengan fahaman mereka, tetapi dengan kehadiran nabi Muhammad SAW, kita dapat lihat betapa ”gentleman” Nabi ketika berhadapan dengan mereka dengan berhujjah dan berdebat.

Justeru, dari sudut sunnah para Nabi, termasuk Nabi Muhammad SAW, bahawa ketika berhadapan dengan non Muslim dalam isu kalimah Allah, bahawa baginda memilih cara berhujjah. Jika masih berkeras, ketika itu kaedah mubahalah adalah digalakkan.

Cumanya, dalam ayat ini, Allah SWT memberikan beberapa cara untuk bercakap dihadapan mereka, iaitu dinyatakan perkara yang mereka sepakati, iaitu tentang nabi Ibrahim A.S.

Yang pastinya, Yahudi dan Nasrani mengatakan bahawa Ibrahim adalah nabi mereka, malahan sehingga mereka sanggup menyatakan bahawa Nabi Ibrahim itu mengikut kitab Taurat dan Injil, walhal dakwaan mereka itu tidak tepat kerana taurat dan injil itu turun selepas kewafatan Nabi Ibrahim A.S.

Baca juga;
Seni debat dari al-Quran

Sekian

“Allah For All * Islam For All”

“Islam Adil Untuk Semua”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Januari 2010 * 2;08 petang



[1] Sila rujuk kitab At-Tafsir Al-Kabir : 4/246-248.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1630&mode=thread&order=0&thold=0

Tanpa Nama berkata...

Bile kau nak minta maaf ngn Ustaz Dr Haron Din??
Walaupun aku x mengaji tinggi ilmu agama mcm kau, smpai blajar di pakistan....tapi aku tau adab ngn ulama'
Bukan mcm kau bangsat!! Blaja tinggi2, tapi kurang ajar, bodoh nak mampus!!

Fikrah pas berkata...

sama je tanpa nama ni..

cakap bodoh kat ust ji

ko pon kena minta maaf ngan ust ji cakap macam tu..