Khamis, 7 Januari 2010

TERBUKTI KEESAAN ALLAH DALAM BIBLE


TERBUKTI KEESAAN ALLAH DALAM BIBLE

Secara peribadi, apabila ada mendakwa bahawa Bible tidak menggunakan kalimah Allah, aku secara peribadi menafikan dakwaan tersebut. Malahan, jika kita membaca bible dalam bahasa melayu, terbitan ‘The Bible Society of Malaysia”, didalamya kita akan jumpa banyak ayat-ayat dalam bible yang menggunakan kalimah “Allah”.

Apa yang pasti, bible merupakan kitab taurat dan injil yang telah diselewengkan oleh tok guru-tok guru yahudi dan nasrani terdahulu. Firman Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

Maksudnya;
“Kecelakaan terhadap mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka sendiri, kemudian mereka mendakwa, “ini datang dari sisi Allah”

(Surah Al-Baqarah : 79)

Di sini, ingin dinyatakan beberapa ayat-ayat dalam bible yang menyatakan tentang keesaan Allah. Bukti ini menafikan akidah kristian yang mendakwa bahawa Allah itu adalah ketiga daripada tiga (trinity/tritunggal).

Pertama;



Perjanjian baru, Markus, Fasal 12, ayat 29 (muka surat : 70) menyatakan;

”Yesus menjawab, ”inilah perintah yang paling utama, ’dengarlah hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah tuhan yang esa”

Kedua;



Perjanjian lama, Ulangan, Fasal 4, ayat 35 (muka surat : 195) menyatakan;

”Tuhan telah melakukan semua perkara itu supaya kamu tahu bahawa Dia satu-satunya Allah, tidak ada yang lain”

Ketiga;





Perjanjian lama, Ulangan, Fasal 6, ayat 4 (muka surat : 197) menyatakan;

”Ingatlah Hai Israel! Tuhan – dan Tuhan satu-satunya – ialah Allah kita”

KESIMPULAN

Pertama;

Ketiga-tiga ayat yang dikemukakan ini, membuktikan kepada kita bahawa bible dalam bahasa melayu sendiri menulis kalimah ”Allah”.

Kedua;

Jika orang kristian memahami ayat-ayat dari bible ini, aku yakin orang-orang kristian akan bertambah percaya bahawa Allah itu esa. Malahan, ia akan menolak jesus sebagai anak tuhan (insya Allah, akan didedahkan dalam artikle mendatang)

Ketiga;

Kita orang islam, boleh mensangsikan kefahaman kristian terhadap tiriniti itu menerusi kitab bible mereka sendiri. Justeru, kita tidak perlu bimbang jika mereka mahu menggunakan kalimah Allah. Kerana, ia merupakan ruang terbuka dan amat luar, untuk kita mensangsikan mereka dengan kefahaman triniti mereka sendiri.

Keempat;

Padaku, yakinlah bahawa bible mereka sebenarnya menyeleweng. Kerana, ia sudah dinyatakan sendiri oleh Allah SWT didalam al-Quran. Percayalah pada Firman Allah dalam Al-Quran tentang penyelewengan bible. Justeru, perlukah kita takut dengan kebenaran?

tepuk dada, tanya iman....

Sekian

”Allah for All * Islam For All”

“Islam Adil Untuk Semua”

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), sg Buloh
8 Januari 2010 * 5:18 pagi




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jesus sebenarnya langsung tak pernah mengatakan dirinya suci ataupun anak tuhan. Ungkapan Son of God untuk Jesus ataupun Father untuk Allah bukanlah dimaksudkan secara literal. Ia hanyalah ungkapan sastera. Hakikatnya semua agama tak kira kristian, hindu, yahudi dsbgnya adalah agama tauhid. Manusia yang menyeleweng dan memasukkan unsur2 pagan dan karut marut ke dalam agama2 tersebut. Jika semua penganut agama2 mengkaji ajaran sebenar agama mereka, kita akan mendapati bahawa semua agama adalah sama dan mengajak kepada penyembahan yang total kepada Tuhan Maha Esa yang menciptakan kita. http://irf.net/index.php?option=com_content&view=article&id=127&Itemid=100

Tanpa Nama berkata...

salam tuan...
maaf tuan, saya benar-benar kecewa dengan tuan kali ini...

kesal mereka yang Islam, menYOKONG dan menDOKONG umat kristian menggunakan perkataan Allah... sedarkah mereka.. tindakan menYOKONG tindakan kristian menggunakan Allah... tidak dapat tidak adalah bermakna mereka mengiktiraf ALLAH punyai ANAK!

Dan mereka yang kafir berkata: (Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak. (88) Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! (89) Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap. (90) Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. (91) (Surah Maryam)

Allah dah bagitau kata-kata mereka itu adalah salah... Langit, bumi dan gunung hampir hancur mendengarkan kata2 mereka… yang kaum muslim pulak redha dan sokong!… apaaaalah! SANGGUP TUAN REDHA DENGAN PENGAKUAN MEREKA???

Pandangan TG Harun Din dan Taib Azzamuddin bagi saya adalah terlebih menyakinkan dan jelas..

Adakah mereka rela masjid dinamakan dengan RUMAH ALLAH seperti yang berlaku di Indonesia??

bahan2 bacaan yang berkenaan dengannya bertebaran dengan mengatakan ALLAH itu ada anak...

Saya lihat Tun Mahathir lebih bijak dalam hal ini... Seperti yang kita tahu bible diturunkan dalam bahasa hebrew (elohim, eloh, el, dan juga yahweh) kemudian berkembang dalam bahasa Greek (theos).. Sepatutnya rujukan bible mereka adalah dari bahasa hebrew, greek atau english.. lihat kamus dewan apa takrifan bagi Allah!

Apa rasionalnya pihak gereja ingin menggunakan perkataan Allah di tengah-tengah masyarakat melayu yang kebanyakkan-nya Islam??

kalau begini, tunggulah kejatuhan PAS pada PRU 13..


INGAT!!
Allah akan mengagalkan sesiapa sahaja yang mengagalkan-NYA...

p/s: tindakan tuan menjatuhkan TG HARON DIN tak boleh saya terima... menggelarkan beli

Tanpa Nama berkata...

sekarang kristian bukan macam masa zaman nabi isa, dan dimaklumi mereka dah campur adukkan dengan benda batil, mana buleh...

al Munir berkata...

Tuan Tanpa Nama (2010 Januari 7 23:57),

Penghujahan itu selari dgn konsep "The Transcendent Unity Of Religions" yg di bawa oleh Schuon.. Mungkin pada asas sejarahnya, pemikiran ini tidak membawa sebarang masalah sebab Islam adalah agama pertama manusia seiring dgn penciptaan Nabi Adam. Namun pada realiti semasa kita perlu menyedari bahawa kesemua ajaran agama lain sudah jauh menyeleweng dari Islam yg sebenar...

Cuma saya sentiasa keliru dgn hujah Ust Wn Ji yang saya kira agak Naif...

Secara asasnya kita tidak boleh berhujah terus dari kitab Bible dalam mengutarakan pandangan Kristian terhadap Allah... Anta tidak mewakili Kristian dan kerangka pemikiran anta tidak sama dgn mereka... Sebab itu anta silap bila kata "Bukti ini menafikan akidah kristian yang mendakwa bahawa Allah itu adalah ketiga daripada tiga (trinity/tritunggal)" sebab hakikat doktrin triniti dalam Kristian menyeru keesaan Allah dalam 3 entiti. The Christian doctrine of the Trinity teaches the unity of Father, Son, and Holy Spirit as three persons in one Godhead.. (Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Trinity). Ini jelas menunjukkan keesaan Tuhan pada pandangan Kristian sebenarnya seiring dgn konsep triniti... Sebab itu sebarang tafsiran bible mengenai pegangan aqidah org Kristian mesti merujuk pada pandangan ulama agama itu...

Hujah anta secara jelas telah merealisasikan kebimbangan ana tentang isu ini... Kesilapan anta adalah bila anta menafsirkan sendiri ayat2 kitab bible Melayu (Kitab yg menjadi isu kita sekarang) lalu membenarkan ketauhidan penganut Kristian yang jelas menyeleweng. Ini kesilapan seorang Ustaz seperti anta... Maka amat tidak mustahil seorang melayu biasa yang membaca kitab ini akan tertarik dengan penjelasan ttg Allah di dalamnya lantas terpengaruh dengan dakyah mubaligh Kristian lalu akhirnya memeluk Kristian kerana baginya Kristian juga menyeru pada Allah yang Esa sama seperti Islam...

Ikhlaslah pada Allah... Bersikap adillah padaNya... Dan takutlah padaNya

Fikrah pas berkata...

bakpe plak munir ni amek nas dari wikipedia..

amek dari kitab gak kalu ngaji agama