Khamis, 7 Januari 2010

DIA TAK SERUPA AKU, MAKA DIA KAFIR?

DIA TAK SERUPA AKU, MAKA DIA KAFIR?

Dalam setahun yang lepas, bising di Malaysia tentang kehadiran satu puak yang disebut sebagai Ahbasy. Puak Ahbasyh ini adalah satu puak yang merujuk kepada pengikut kepada seorang tuan guru dari negeri Habsyah; daripada satu kota yang bernama harar.

Tuan Guru itu bernama Abdullah bin Muhammad As-Syaibi Al-‘Anbari. Beliau mula mengembangkan fahaman beliau di Lubnan. Dan ramai pengikut ajaran ini, sehingga terdapat juga anak-anak muridnya di Malaysia.

Mereka mendakwa bahawa mereka berakidah dengan mengikut turuq Abu Hasan Al-‘Asyari, fiqh mereka merujuk kepada mazhab Syafie, dan amalan tarikat mereka merujuk kepada tarikat Ar-Rifaiyyah.

Berkenaan dengan pegangan akidah, fiqh dan tasawwuf mereka, tidaklah menjadi perdebatan. Tetapi, yang timbul masalahnya adalah, apabila mereka adalah golongan yang mudah mengkafirkan beberapa tokoh ulama, seperti mengkafirkan Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Sayeed Qutub dan juga Muhammad bin Abdul wahab. (sila Klik)

Tidak ketinggalan yang dikafirkan beliau adalah Dr Yusuf Al-Qaradhawi, sehingga Dr Yusuf Al-Qaradhawi terpaksa menjawab tuduhan melampau beliau itu menerusi kitab “fatawa Muasarah
[1]

MELAMPUAI BATAS

Secara asasnya, pemikiran Ahbasyh ini adalah pemikiran yang meletakkan bahawa “mereka sahaja yang betul”, tanpa meraikan perbedaan pendapat yang dibenarkan dalam syarak. Pada mereka, golongan yang tidak sealiran dengan mereka sudah dikira sebagai kafir.

Pemikiran ala-Ahbasy ini, merupakan pemikiran yang diasaskan kepada sikap ”melampaui batas”. Walhal, dalam islam, sikap ”melampau batas” ini tidak diterima, malahan ditolak. Firman Allah;

وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya;
“Jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”

(Surah Al-Baqarah : 190)

Begitujuga hadis, bahawa Nabi SAW bersabda;

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ , هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ , هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ

Maksudnya;
“binasalah golongan yang melampaui batas, binasalah golongan yang melampaui batas, binasalah golongan yang melampaui batas
[2]

Pemikiran sebegini tidak sepatutnya wujud dalam budaya rakyat Malaysia. tidak kira mereka itu adalah golongan bawahan, mahupun mereka bergelar ulama sekalipun. Ini kerana, pemikiran yang berasaskan kepada melampaui batas ini sebenarnya merujuk kepada kehendak hawa Nafsu, dendam dan emosi, bukan pemikiran yang berasaskan kepada hujjah dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalam Islam, kebenaran hanya merujuk kepada al-Quran dan As-Sunnah. Tanpa merujuk kepada dua sumber ini – sama ada berbentuk zahir nas, mahupun khafiy nas – semuanya merupakan hujjah yang wajar ditolak, bahkan tidak diterima langsung dalam Islam, lebih-lebih lagi berhukum itu berasaskan kepada hawa nafsu, dendam dan emosi.

KALIMAH ALLAH

Dalam isu kalimah Allah, tindakan mengkafirkan golongan yang mengizinkan penggunaannya adalah sangat tersasar dari manhaj ilmu, bahkan ia boleh dikira sebagai tindakan yang melampaui batas. Sesuatu hukuman kafir atau tidak yang hendak diberikan, hendaklah merujuk kepada nas al-Quran dan as-Sunnah.

Tidak dinafikan, istilah kufur ini kadang-kadang digunakan sebagai alat propaganda oleh sebilangan pihak – selalunya golongan agamawan - bagi mendesak manusia agar menerima pendapat satu golongan, disamping dapat menolak dari menerima pendapat yang tidak seliran dengan mereka. Kaedah inilah yang digunakan oleh Ahbasyh dalam menolak pendapat yang tidak sealiran dengan mereka, seperti mereka menolak pendapat Qaradhawi, ibnu taimiyyah, Ibnu Qayyim dan sebagainya.

Jika kita merujuk kepada fatwa-fatwa ulama semasa, kita dapati tidak ada sebarang larangan dari mereka dalam membenarkan non Muslim menggunakan kalimah “Allah”. Bahkan, Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Az-Zuhaili sendiri membenarkan penggunaan kalimah “Allah” bagi kalangan yahudi dan nasrani dengan alasan “persaudaraan agama samawiyyat” (sila klik)

Apa yang perlu diingatkan, memberi izin kepada non Muslim menyebut kalimah "Allah", bukan bermaksud kita mengiktiraf maksud kalimah "Allah" dari sudut agama mereka. Ia sama seperti sebuah kerajaan islam memberikan hak kepada non Muslim mendirikan rumah ibadat mereka, ia bukan bermaksud mengiktiraf kebenaran agama mereka. Juga seperti kerajaan islam memberikan hak kepada non Muslim minum arak, bukan bermakna kerajaan islam tersebut mengiktiraf kehalalan arak.

Justeru, jika kita mengkafirkan golongan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada non Muslim, apakah kita sedar, seakan-akan kita seperti telah mengkafirkan Qaradhawi, Wahbah Zuhaili, keputusan Lajnah Politik PAS Pusat dan sebagainya.

Cumanya yang timbul adalah, isu berkenaan relevan atau tidak diberikan keizinan tersebut di Malaysia. Itu sudah masuk dalam perbincangan “Siyasah Syariiyyah”. Apabila bicara tentang Siyasah Syariiyyah, sudah pasti ia akan melibatkan perbincangan tentang konsep keadilan. Sesuatu keizinan yang hendak diberikan itu, apakah boleh mendatangkan maslahah atau mudharat kepada lima perkara utama; Agama, nyawa, keturunan, akal dan harta-benda.

Justeru, hakikat perbedaan pendapat dalam menentukan keizinan kepada non Muslim dalam menggunakan kalimah “Allah”, bukanlah perkara yang boleh sebilangan pihak mengkafirkan satu golongan yang lain.

Perlu diingat, kalimah kufur ini tidak boleh diberikan kepada sesiapa sahaja, melainkan perlu merujuk kepada neraca wahyu. sekiranya terbukti, seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara yang terbukti boleh membawa kepada kekufuran, barulah ia boleh diberikan.

Semata-mata gelaran ulama, ia bukan satu lesen besar untuk mengkafirkan mereka yang tidak sealiran, sepertimana yang dilakukan oleh puak-puak Ahbasyh. yang pastinya, gelaran kufur kepada mereka yang tidak sealiran, terlalu amat berat berbanding memberi gelaran selain kufur. Ini kerana, tindakan mengkufurkan bimbang terjadi seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW.

وَمَنْ قَذَفَ مُؤْمِنًا بِكُفْرٍ فَهُوَ كَقَتْلِهِ


Maksudnya;
“Barangsiapa yang menuduh kepada orang mukmin dengan kufur, maka dia seperti membunuhnya
[3]

Juga hadis, bahawa Nabi SAW bersabda;

إِذَا كَفَّرَ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

Maksudnya;
“Apabila seorang lelaki telah mengkafirkan saudaranya, maka akan kembali (kekufuran) itu kepada salah seorang daripada kedua-duanya
[4]

sila klik sama ini, ini dan ini.

Sekian

“Allah For All * Islam For All”

“Islam Adil Untuk Semua”

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Januari 2010 * 7:51 malam





[1] Sila rujuk jilid 3, muka surat 685-710.
[2] Muslim : 4823.
[3] Al-Bukhari : 5587.
[4] Muslim : 91.

6 ulasan:

sudirumusibarat berkata...

Saya petik kembali kata-kata ustaz:

"Apa yang perlu diingatkan, memberi izin kepada non Muslim menyebut kalimah "Allah", bukan bermaksud kita mengiktiraf maksud kalimah "Allah" dari sudut agama mereka. Ia sama seperti sebuah kerajaan islam memberikan hak kepada non Muslim mendirikan rumah ibadat mereka, ia bukan bermaksud mengiktiraf kebenaran agama mereka. Juga seperti kerajaan islam memberikan hak kepada non Muslim minum arak, bukan bermakna kerajaan islam tersebut mengiktiraf kehalalan arak"

Kenyataan DI ATAS sepatutnya semua orang faham dan boleh terima !
MEMBERI BUKAN BERERTI KITA REDHA DENGAN KEKUFURAN/KEKELIRUAN /AMALI MEREKA DAN JANGAN PULA ORANG KITA CEPAT MENJATUHKAN HUKUM SESAMA KITA

BARU ALLAH BUKAKAN SEDIKIT WARNA BUNGA YANG TERPENDAM DI BALIK KUDUPNYA
SIAPAKAH YANG DAPAT MENCIUM BAUNYA DAN MENGHAYATI KEINDAHANNYA !

fs-86 berkata...

Hujah yang bernas..

minta kebenaran copy ke blog saya..

terima kasih..

hasnur berkata...

salam...ape ni ust..xkn smpai taraf kepala lutut??mn disiplin ilmu dan adab?bknkah ada adab perselisihan pandangan sesama kita..mohon jgn kurangkan reputasi dan kredibiliti hanya dengan emosi kita..ust ada potensi..jgn smpai kpercayaan org jtuh pd ust..ana mohon ust bertindak atas ap yg blaku..sbgaimana ust mntak mp pdg terap buat..igt ust,kita berada di bumi nyata..ana terima klmhn ni sbg klmhn ust..moga Allah tidak membolak-balikkan kita atas landasan ini..

Tanpa Nama berkata...

kapiqkan orang tak pa ka??

Ibnu Ali berkata...

Ntahnya. Dr Yusuf Qardhawi takde plak nak kepala lutut kat puak ahbash sepertimana kata ustaz. Bahkan menjawab secara ilmiah dalam fatawa mua'saroh bak kata ustaz juga.

Dr Harun Din dengan hujjah dia. ustaz dengan hujjah ustaz. Apa masalah?

Ustaz kata puak ahbash melampau anggap dia sahaja betul tapi bila baca sepanjang apa yang ustaz tulis ni. Serupa 2x5 jer...

medikal-info berkata...

biaq pi la puok2 tu

sek mu ni dok baloh sini wat gapo..

kalu ust ji selisih dengan ust haron din, takyahlah korang sibuk..macamlah byk sgt ilmu korang..

tau ke tak sejarah pas dalaman..kalau sejarah luaran saja baik tak payah nk cakap pjg