ISLAM TIDAK AJAR BAKAR GEREJA
Dari sudut bahasa, kalimah Islam diterjemah sebagai memberi keselamatan. Apabila seseorang itu islam, bermakna seseorang itu hendaklah memberi keselamatan kepada orang lain, disamping dia telah memilih dirinya untuk selamat di akhirat nanti.
Islam adalah agama yang adil. Adalah mustahil, sebarang kekacauan berpunca dari islam. tindakan melakukan kekacauan, waima dari mereka yang berpakaian islam, hakikatnya bukan dari islam. mereka ini boleh disifatkan sebagai muslim plastic, bukan muslim original.
Konsep keadilan dalam islam, ia tidak sekadar terhadap manusia, bahkan terhadap binatang juga islam mementingkan keadilan. Lantaran, kita dapat melihat bagaimana islam melarang sembelihan dilakukan dengan pisau tumpul.
Dalam satu hadis, diceritakan bahawa seorang lelaki telah bermusafir, lalu haus dan minum air di satu telaga yang berada di situ. Setelah selesai, sebelum memulakan perjalanan, dia lihat seekor anjing sedang menjilat-jilat pasir yang basah, kerana mahu menghilangkan haus, lalu lelaki tersebut telah mengambil air dari telaga itu dan memberi minum anjing itu dengan air yang ditakungkan dalam kasutnya.
Lelaki sebegini, dijanjikan syurga oleh Allah dengan ucapan terima kasih Allah terhadapnya, ekoran keadilan yang dia lakukan terhadap seekor anjing.
Cuba bayangkan, jika terhadap anjing pun islam menyuruh kita berlaku adil, inikan pula terhadap manusia yang tidak beragama islam. Dalam islam, unsure kemanusiaan ini amat dituntut untuk dijaga. Justeru, tidak hairan jika dibaca dalam kitab-kitab fiqh hubungan dengan non muslim, didapati betapa islam amat menghormati hak kemanusiaan.
Atas konsep keadilan ini, adalah mustahil islam membenarkan membakar gereja. Pun begitu, jika ia berlaku di kalangan umat islam, ataupun melibatkan dengan ulama-ulama islam, sudah pasti, ia bukan dari mereka yang mengikut islam, tetapi sudah pasti ia datang dari mereka yang tidak beramal dengan islam, ataupun islam yang dilihat mereka bersifat sentiment, juga perkauman. Pemikiran ini sewajarnya ditolak.
Cuba kita renung firman Allah ini;
Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu * (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena MEREKA BERKATA; "TUHAN KAMI ADALAH ALLAH". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, YANG DISEBUTKAN NAMA-NAMA ALLAH. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa"
(Surah Al-haj : 39-40)
Sekian
"Allah For All * Islam For All"
"Islam Adil Untuk Semua"
Wallahu 'Alam
p/s : orang PAS jangan ulas pasal gereja, bimbang ditangkap. Tetapi, kalau orang UMNO, mungkin ia tidak mengapa kot...
Al-bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Danau kota
8 Januari 2010 * 11:56 malam
6 ulasan:
islam juga tak ajar kita mengkepala lututkan ulama
kepala lutut kau la uztaz kepala alutut
mengkafirkan orang tu islam ajak ka ???????
hidup ulama pengkafir...
Ya Allah....
Tunjukkanlah orang2 UMNO jalan yang lurus...
Agar bisa mereka bertaubat...
AMIN....
aduhai ustad pakistan ni,kesian
terlajak perahu bleh undur ag ustad terlajak kata kepala lutut hanG!!!
LU PK LA SENDIRI!!!
kata kapiq kat orang tu, halal ka????
oi bodoh tanpa nama. lawan islam tu lg teruk dari kafir. munafik of all time. pergi la mampos. kepala lembu punya UMNO.
Catat Ulasan