Jumaat, 8 Januari 2010

ISU KALIMAH "ALLAH" : PAS MEMPERLIHATKAN KESEDERHANAAN


Dipaparkan satu artikle tulisan seorang non Muslim yang melihat PAS dalam isu kalimah "Allah". Beliau adalah Lim Hong Siang. Aku berbangga, jika non Muslim puji Islam, juga PAS. ia menandakan, Islam sudah dilihat adil oleh semua pihak, termasuk non Muslim.

***

PAS berjaya menampilkan imej yang "sederhana" ketika berdepan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah, berbanding dengan UMNO yang dianggap semakin "ekstrem" posisinya. Malah, pendirian yang diumumkan pada malam 4 Januari, selepas mesyuarat lajnah biro politik PAS itu menerima pujian daripada masyarakat bukan Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa "penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi", tetapi mengingatkan bahawa "penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan", malah "dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat". 【Kenyataan media PAS】

Pendirian sedemikian bukan sahaja meletakkan satu garis untuk membezakan antara PAS dengan UMNO, malah meletakkan parti komponen Barisan Nasional selain UMNO di satu kedudukan yang agak sukar. Misalnya, MCA dan Gerakan yang selama ini berkempen dengan "melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem", kini terpaksa berdepan dengan "sekutu" yang kelihatan lebih ektrem daripada "musuh".

Pujian daripada DAP

Jelas, bahang kontroversi penggunaan kalimah Allah kini cuba "dipadamkan" di media cetak bahasa Cina. Selain hujah Menteri dan pemimpin BN, komen atau pandangan daripada pemimpin Pakatan Rakyat semakin tidak mendapat ruang di dada akhbar Cina.

Misalnya, penilaian positif oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang (gambar kiri) terhadap PAS semalam, berbunyi "PAS memberi sumbangan yang wajar dipuji dalam penyelesaian kontroversi ini" (merujuk kepada pendirian PAS), tidak disiarkan pada hari ini. Malah, kenyataan Nga Kor Ming, ahli parlimen Taiping (DAP) yang membidas UMNO kerana cuba mengalih pandangan daripada kenaikan harga gula dan kehilangan enjin jet dengan isu kalimah Allah, juga tidak disiarkan.

Lebih-lebih lagi, media cetak bahasa Cina mula mengelak daripada menyiarkan sebarang analisa atau pandangan yang dikemukakan kolumnis, pemerhati politik dan sebagainya. Pendek kata, dalam isu kalimah Allah, media cetak bahasa Cina lebih "berwaspada", dengan memaparkan kenyataan daripada menteri dan pemimpin BN.

Parti komponan BN terasa bahang

Walau bagaimanapun, seandainya diperhatikan di laman internet, pendirian PAS ini disambut secara positif oleh bukan muslim. Misalnya, pemerhati politik, Jason Leng Kek Mun mempersoalkan "Siapa yang lebih ekstrem sebenarnya?"

Dalam blognya, Jason menulis "PAS digambarkan sebagai ekstrem, konservatif, kolot dan fanatik oleh MCA dan Gerakan," sebelum mempertikaikan, "kalau dilihat kontroversi kalimah Allah yang berlaku kebelakangan ini, siapa sebenarnya yang memainkan isu ini? Siapa yang membuat kecoh? Siapa yang menghasut?"

Malah, Jason memanjangkan kepada bebrapa isu yang berlaku beberapa tahun kebelakangan, "Siapa yang mengugut untuk membakar Dewan Perhimpunan?(Isu Suqiu) Siapa yang kata bukan Melayu mengancam Melayu? Siapa yang menjulang keris tanpa mempedulikan perasaan kaum lain?"

Beliau memberi jawapannya di akhir tulisan tersebut, iaitu UMNO. Malah, beliau sempat untuk mengusik MCA dan Gerakan, dengan dakwaan bahawa realiti ini hanya tidak difahami oleh kedua-dua parti komponan BN ini.

Khalid Samad dipuji

Sementara itu, pendirian Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin kontroversial, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam-PAS) turut mendapat penilaian baik daripada masyarakat bukan Islam. Menurut temuramah Malaysiakini edisi bahasa Cina dengan beberapa tokoh agama dan pemerhati politik, Nik Aziz dan Khalid Samad dipuji kerana menampilkan imej yang memperlihatkan "keterbukaan".

Ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong juga memberi pujiannya kepada PAS, bahawa ramai antara pemimpin PAS yang menafsir soal agama dari perseptif yang lebih luas, dan bukannya melihat isu dari perspektif perkauman yang sempit.

Selain itu, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar (gambar kiri) juga mengganggap bahawa pendirian PAS ini adalah berdasarkan al-Quran. Ketika ditemuramah therocknews, laman internet bahasa Cina, Khalid Jaafar memuji pendirian PAS yang membenarkan bukan muslim untuk menggunakan kalimah Allah, menunjukkan bahawa PAS mendefinisi maksud Quran dengan tepat.

Khalid Jaafar juga membidas kejahilan UMNO dalam isu ini, dan menganggap UMNO akan mencungkil ketidakpuasan rakyat seandainya meneruskan tindak tanduk sedemikian.

sumber : merdekareview.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kira Pas skrg ni seronoklah? dipuji musuh2 Allah? Dipuji oleh mereka yg nak maksudkan Allah sbg 3-in-1?

Tanpa Nama berkata...

yang aku faham baru2 ni, pndangan yg dikeluarkn oleh TGNA & Khalid adalah berbeza,

TGNA lebih kearah kurang bersetuju dengan penggunaan kalima ALlah oleh org Kristian, kerana dilihat dr segi maslahat persekitaran...

tapi khalid bila ditya, terus menjawab yg die bersetuju tiada larangan utk pihak Kristian mggunakan kalimah ALlah, kerana ade bukti2 tertentu.

tp kenapa plak dua2 yg berbeza pndpt dipuji...?? pelik nmpknye jugak ye.

hafizzuddin berkata...

salam,

saya bersetuju dengan artikel ini.

Tanpa Nama berkata...

skarang kristian bukan macam zaman nabi isa.. dan semasa kristian mula bertapak ke tanah melayu ni, mereka tukar bahasa kepada bahasa yang buleh org melayu faham, termasuklah tuhan atau god kepada Allah. mudah dan senang mereka nak dakwah org2 islam nanti.
kalo ada usul org kristian nak panggil paderi atau 'father' mereka sebagai Allah no2 atau wakil Allah, macam mana? memanglah kita sebagai pendakwah perlu bergiat menyedarkan umat islam tentang perkara ini, tapi jika difikirkan seolah2 kita memberi jalan atau peluang untuk mereka berdakwah kepada umat islam, maklumlah, macam islam juga pendakwah duk dakwah mereka masuk islam, n begitu sebaliknya. jika pendakwah2 kita memang benar2 berjihad nak berdakwah sampai tahap meletakkan dap untuk diislamkan,. aku tader masalah. tapi setakat laa ni, bila ada saja org bukan islam masuk islam, pendakwah2 nih mule lesap.. ntah kemana pergi, mulelah cari perkim nak buang dorang2 nih.
yang 2 bulan lepas mualaf india nak masuk kristian balik pasal tader pembelaan dari org islam ni camne? sampai penduduk islam kat umah mereka pandang serong? tak ingat dah aku negeri mana.. harap jika dah berani kata camtu, beranilah tanggung apa2 yang bakal terjadi nanti, jangan main tuduh org lain pula.

Tanpa Nama berkata...

salam, takde komen tentang Tn Guru Hj Hadi pun, bukan ke dia yang buat statement. Jangan le camtu, bila ok je puji PAS, bila tak ok hentam Tn Guru Hj Hadi