Jumaat, 8 Januari 2010

LIDAH ULAMA MACAM PISAU !


LIDAH ULAMA MACAM PISAU !

Hari ini, aku dijadualkan menyampaikan tazkirah jumaat di masjid Khairiyyah, Gombak. Dalam perjalanan, sambil memandu, tiba-tiba Hpku berbunyi. Menandakan, ada satu sms telah menerjah masuk. Aku buka inbox sms, terdapat satu sms yang tercatit nombor yang tidak ku kenal. Kandungan sms itu berbunyi;

(Enta memang berani..ana kagum dengan anta..Tahniah.)

Aku pelik. Tidak faham dengan maksud sms itu. tambah-tambah lagi, aku tidak tahu siapa yang menghantar sms sebegitu kepadaku. Aku membalas smsnya dengan tulisku;

(kagum? sapa ni?

Tidak lama kemudian, telefon ku berbunyi. Menandakan ada satu call masuk. Aku melihat screen hp, datang dari nombor tadi; orang yang aku tidak kenali.

”Assalamualaikum..” aku memulakan salam sejurus menyambut panggilan telefon.

”waalaikumsalam.. apa khabar syaikh !!” jawabnya

Mendengar suara, aku terus kenal. Ia salah seorang yang berjawatan YB. Dan merupakan salah seorang Jawatankuasa PAS pusat. Sudah agak lama kami tidak berhubung. Iaitu sejak PR menang besar dalam PRU baru-baru ini.

”la.. YB.. ingat sapa tadi” kataku.

”ala.. macam sindir pula.. tak payah ber”YB-YB” la..” katanya.

“mana boleh.. YB ni dapat, masa anta menang.. PRU akan datang, PAS mesti kalah teruk, termasuk la anta.. lepas ni, dah tak ada YB.. masa ni la, ana nak panggil anta YB pun” aku menyindir gurau.

“haa.. lama anta tak tel ana, tiba-tiba telefon ni, mesti ada apa-apa kan?” sambungku. Membuka soalan.

”syaikh.. ana ikuti tulisan anta tentang isu kalimah Allah.. ana setuju sangat anta henjut Dr Harun Din tu” katanya.

”isy.. YB ni.. semua orang marah kat ana sebab ana pergi tulis benda macam tu. YB boleh kata setuju..” aku memerangkap.

”Syaikh.. anta bukan tak tau.. kenyataan Dr Harun Din tu, PAS jadi masalah tau.. non Muslim tengok PAS ni macam taliban.. alahh macam yang anta tulis pasal Taliban tu, lebih kurang macam tu la” YB itu memberi penjelasan.

”tapi YB.. ramai yang marah kat ana... Sebab kepala lutut tu.. lagi pun, ana emosi masa tu.. ana dah tak boleh nak tahan, bila Dr harun Din cakap macam tu..ana tak dapat bayangkan, macam mana non Muslim yang semakin hari semakin dekat dengan PAS, tiba-tiba rasa pelik dengan Islam bila keluar kenyataan macam tu.... tapi, ana rasa bersalah sangat-sangat. Sebab masa tu, ana tulis tu dengan emosi..”

“kepala lutut dengan kata orang kafir, mana lagi berat?” soal YB itu provoke.

“memang la... masalah sekarang, ana bukan ulama besar. Dr Harun Din tu ulama besar.. pemikiran ramai, bukan tengok benda orang cakap, tapi sapa yang bercakap” aku menyambut provoke YB tersebut.

”tapi, ana rasa bersalah bila sebut macam tu.. tu yang ana tulis artikle tarik kepala lutut tu” sambungku lagi.

”anta tak tau syaikh.. Dr Harun Din banyak buat masalah. Masa Muktamar hari itu, dia pegi fitnah husam bagi rasuah....” YB itu seakan-akan mahu bercerita.

”dah..dah.. cukup YB.. ana malas dengar dah.. ana bukan apa, bimbang ana hilang rasional nanti, ana tulis bukan-bukan dalam blog pasal Dr Harun Din.. cukupla.. ana tak mahu dengar lagi dah pasal Dr Harun Din ni” aku menyampuk.

”lagipun, betul ke tidak pun, kita bukan tau pun... sesuatu tuduhan, mesti ada bukti tau.” sambungku lagi.

”ok.. ana hormat anta.. ana tak paksa anta percaya, tapi ana ada bukti.. ana ada rakaman.” kata YB itu.

Apabila YB itu sebut ada rakaman, hatiku seperti ingin tahu. tapi, aku bimbang, jika aku dengar juga cerita dia, bimbang aku tidak tertahan, terus menulis dalam blog.

”ah.. tak payah la.. nanti jadi masalah pula” bisik hatiku.

”Pada pandangan ana la syaikh.. orang yang sudah ada gelaran ulama ni, tak boleh buat kenyataan macam-macam, ikut suka hati dia. Sebab, kenyataan ulama ni macam pisau” YB itu mulakan bercerita.

”em.. tertarik pula dengan kalimah Ulama macam pisau tu.. macam mana tu..” aku menyampuk.

”ye la.. orang pegang pisau ni, dia boleh bunuh orang dan dia boleh bunuh dirinya sendiri.. Ulama pun macam tu juga. Kenyataannya, boleh bunuh kefahaman orang terhadap kekufuran. Kadang-kadang, kenyataannya boleh bunuh kepercayaan orang kepada Islam juga tau” ulas YB itu dengan agak panjang lebar.

Aku mendengar sahaja ulasan YB itu.

”sebab itu.. memang kontroversi itu bagus, sebab orang akan kenal kita.. tapi, kalau kontoroversi itu boleh orang benci kat Islam.. kan rosak.. ” sambung ulasan YB itu lagi.

Aku hanya berkata, ”ya.. ya..ya” sahaja. Aku tidak tahu, apa hendak menyampuk dari apa yang disebut oleh YB itu.

”macam contoh.. bila Dr Harun Din kata, orang yang sokong penggunaan kalimah Allah boleh bawa kufur. Sedikit sebanyak, dia banyak memberi impak buruk kepada Islam itu sendiri” jelas YB itu lagi.

”emm.. YB boleh bagi contoh tak?” tanyaku.

”anta tau tak.. isu kalimah Allah ni, kita boleh wacana lagi dalam.. anta boleh tulis dalam blog.. orang lain boleh ulas dalam majlis-majlis agama.. tiba-tiba, Dr Harun Din kata boleh jadi kufur.. itukan dah tutup pintu wacana.. tak pasal-pasal, orang takut nak bincang tajuk tu” jawab YB memberi penjelasan.

”ala.. itu padangan YB je kot.. orang lain tak macam tu” aku memprovoke

”anta punya pasal la.. tapi, ana tengok, anta pun emosi bila Dr Harun din kata macam tu kan” sindir YB.

“cit.. sekali kena sindir la pula” hatiku berkata-kata.

”ala.. YB.. dah la cerita pasal Dr Harun Din.. tak best la.. ana dah tak mahu dah cerita pasal dia.. ana dah menyesal dah ni.. ana dah minta maaf secara terbuka dalam blog” kataku.

YB itu ketawa dengan kata-kataku..

”terpulang la kat anta.. tapi, ana tetap percaya, Ulama tidak boleh nak buat kontoroversi bukan-bukan.. sebab, kenyataannya macam pisau.. boleh orang percaya kat Islam. ataupun, orang benci kat Islam...”

”ye la.. itu pun kalau kena cara.. kalau caranya elok, untung kat Islam juga. Tapi, kalau tak kena cara, buruk kepada Islam itu juga” aku menyampuk

”kenyataan Harun Din tu..” YB nak bercerita lagi.

”dah la YB.. ana tak mahu buka dah cerita pasal Dr Harun Din ni.... dia berijtihad.. kalau betul ijtihad dia, dia dapat dua pahala. Kalau salah, dia dapat pahala juga, tapi satu la.. yang tak dapat pahalanya, YB yang dok kutuk Harun Din” aku menyindir..

”hahahaha.. pandai la anta” ketawa YB.

”memang la pandai, sebab ana kan ngaji Pakistan.. bukan macam YB, ngaji agama, tapi penakut.. pandai sokong jer orang, kalau harap YB nak buat, sampai kiamat la.. maklumlah Playseft.. last-last, orang macam ana ni la yang kena teruk” aku menyampuk sambil menyindir pedih.

”eh anta ni syaikh.. dari dulu lagi perangai macam ni.. dulu ana kenal anta pun, suka sound orang.. ana dah jadi YB pun, ana nak sound juga....”

”peduli hapa YB ke idak.. sound tetap sound.. inikan anak murid Tok Guru haji Lah.. Sultan kelantan pun dia sound” balasku dengan nada gurauan.

”Eh YB.. ana ada tazkirah ni kat masjid.. dah nak sampai masjid dah ni” kataku.

”ok syaikh.. anta tazkirah kat mana ni?” soalnya.

”Masjid Khairiyyah, gombak” jawabku.

”ooo. Kat Dun Hasan Ali tu.. anta ada apa-apa ke ngan Dr Hasan Ali? hahaa”.. gurau YB tu.

”ada.. dia masih PJ Selangor, tapi ana ahli PAS di negeri selangor yang tak ada PJ” jawabku menyindir

“hahahaha.. pandai la anta ni” ..balas YB

“ok la YB., dah sampai dah ni... ini nombor telefon YB ker ?” soalku

“yee..”

“ok. Ana simpan nombor ni.. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam...”

Aku pun mematikan hpku. Dalam pemikiranku, aku tertarik dengan ayat, ”Ulama macam pisau” yang disebut oleh YB yang merupakan ahlijawatankuasa PAS Pusat itu.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B),Sg Buloh
8 Januari 2010 * 3:50 petang







17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://uwaisqarny.blogspot.com/2010/01/isshhhlutut-sungguh-ustaz-ni.html

Tanpa Nama berkata...

Korang tgk..bakistan ni YB sokong tau...YB tau no talipun dia,korang kutuk2 wat poe,Bakistan ulamak hebat..

Selamat bertazkirah..ngajar kitab..mudahan jumpa la apa yg dicari dalam kitab tu..

bangganya aku..bangga sungguh..masuk radio ikim..puhh nebatnya aku...tak lama lagi astro pulak.ah bermimpi rupanya.(takde kena mengena mimpi ngan komen ni)

Tanpa Nama berkata...

apapun harap jangan sampai tergadai bodi dan maruah seorang pendakwah dengan hanya seorang YB yg sokong dan puji. lainlah jika semalam RasululLah SAW datang dalam mimpi, peluk dan cium dahi sambil mengucapkan tahnah kerana membetulkan apa yg batil.

apapun moga2 kita tak cepat melatah dan bagi hukum, kutuk dan lain2 dalam keadaan emosi tak tenang tanpa berfikir terlebih dahulu. kamu dikenali org dah skang... moga2 Allah bersamamu :)

Tanpa Nama berkata...

apapun harap jangan sampai tergadai bodi dan maruah seorang pendakwah dengan hanya seorang YB yg sokong dan puji. lainlah jika semalam RasululLah SAW datang dalam mimpi, peluk dan cium dahi sambil mengucapkan tahnah kerana membetulkan apa yg batil.

apapun moga2 kita tak cepat melatah dan bagi hukum, kutuk dan lain2 dalam keadaan emosi tak tenang tanpa berfikir terlebih dahulu. kamu dikenali org dah skang... moga2 Allah bersamamu :)

Tanpa Nama berkata...

apapun harap jangan sampai tergadai bodi dan maruah seorang pendakwah dengan hanya seorang YB yg sokong dan puji. lainlah jika semalam RasululLah SAW datang dalam mimpi, peluk dan cium dahi sambil mengucapkan tahnah kerana membetulkan apa yg batil.

apapun moga2 kita tak cepat melatah dan bagi hukum, kutuk dan lain2 dalam keadaan emosi tak tenang tanpa berfikir terlebih dahulu. kamu dikenali org dah skang... moga2 Allah bersamamu :)

al Munir berkata...

Ana setuju bila anta kata "ana bukan ulama besar. Dr Harun Din tu ulama besar."
Cara hujah Dr Harun Din jauh lebih kemas dari method hujah anta yang ana rasa agak naif dan selapis saja...
Dr Harun juga nampak lebih ikhlas menjaga Aqidah Islam dari anta yg lebih hendak menjaga hati Non-Muslim...
Maaf cakap...

serirasahati berkata...

ustaz,

anda menyedihkan...

menjual nama dgn menimbulkan kritikan yg kontroversi....ini sajakah cara yg boleh ustaz fikirkan utk meraih kemasyuran....

saya melihat tulisan ustaz sudah tiada 'kekuatan' melainkan rasa terdesak utk segera 'masyur'...

hilang adab...hilangkah kepercayaan orang...

anda menyedihkan...

serirasahati berkata...

ustaz,

anda menyedihkan...

menjual nama dgn menimbulkan kritikan yg kontroversi....ini sajakah cara yg boleh ustaz fikirkan utk meraih kemasyuran....

saya melihat tulisan ustaz sudah tiada 'kekuatan' melainkan rasa terdesak utk segera 'masyur'...

hilang adab...hilangkah kepercayaan orang...

anda menyedihkan...

WanJiCelup berkata...

salam...

tahniah anda seorang yang hebat. Hebat SOMBONG dan BONGKAH... siap mendapat seorang YB yang tak bernama yang telah lama berdendam dengan TG Dr Haron Din...

Tapi sayang seorang yang digelar ulama muda tapi tak beramal dengan sunnah nabi. Yang banyak menggunakan emosinal daripada akal yang cerdik diberikan Allah. Tengok pada tuannya kopiah pon tak pakai... ulama moden kononnya.

Sepatutnya anda mengambil sikap berhati-hati dalam menuduh orang lain ke tahap ulama kepala lutut. TG NA yang anda sanjungi tak pernah menyebutpon kepadanya begitu.

Sepatutnya anda bertanya dan memohon penjelasan dari pandangan beliau. Adakah anda pernah menefonnya atau menemuinya....

Beliau meminta jangan kita menyokong itu je. kalu dia nak pakai pakailah itu ha dia. sebagai contohnya kita jangan menyokong seorang pencuri menggunakan kalimah Allah untuk mencuri. kalau kita menyokongnya bermakna kita bersubahat. kalu dia pencuri nak guna itu hak dia. tapi hak kita ialah mencegahnya...
Begitu juga pandangan TG Dr Haron Din. Beliau melarang kita menyokong dia mengguankan nama Allah nama majalah tersebut kerana majalah tersebut adalah sebaran dakyah kristian mereka kepada masyarakat di sabah dan serawak. Ini membimbangkan beliau akan berlaku gejala murtad yang berleluasa di Sabah. Anta tahu apa , tahu nak kutuk orang je.. nak pakai kopiah pon susah.
Kalau dia nak pakai Kalimah Allah pakailah itu hak dia, tapi kalu dia guna kalimah Allah untuk mengelirukan umat Islam kita kena tentang.

Nanti kalau anta sokong tanpa selidik,, tiba-tiba dia guna kalimah untuk murtad orang islam .. apa macam.... subahat tak tu...
Apakah salah kita katakan orang kafir itu kafir....saya naka tanya anta ni.. minta anta jawab. ana ni taklah belajar tinggi sombong macam anta....

sepatutnta anta memperjelaskan maksud TG Dr Haron Din bukannya menghentam... itu bangang namanya...

kerana TG Dr Harun Din melihat perpektif lain. anta tengok dari perspektif Umum....

Jangan kita jadi orang paling bangang... jangan anta letak ilmu anta kat punggung.. bodoh namanya...

Salahudin Mansurah berkata...

3 perkataan yang SESUAI UNTUK enta

"GUNTING DALAM LIPATAN"

Klu rajin baca buku konspirasi yahudi..

Kita temui ramai watak2 mcm enta..
Meluah perasaan dalam bentuk melaga-laga..
Memberi pandangan dalam bentuk paksaan..
Berhujah dengan usaha merendah2kan orang lain..

Hebat! jangan sampai ada orang siasat ustaz lebih dalam..

Mungkin Ustaz salah satu ahli Satanic Order?
Wakil Dajjal?

Sekadar Nasihat, ustaz takleh marah, sebab nasihat ini, meniru gaya tulisan nasihat ustaz selama ini.. Marah kena jual.. Ustaz Lutut

Tanpa Nama berkata...

hehe..
ngaji agama tinggi2, last2 kepala otak jd cabuk gak.. yg xbestnya..pasai ustaz ni PAS, kalu UMNO tu, tak la rasa ralat sgt..mmg otaknya tahap cabuk pun..

sama2 la kita insaf ustaz oii.. ilmu kita ni tak setara mana kalu nak dibandingkan dgn ilmu ALLAH...

hasnur berkata...

jgnlah kamu menyelongkar keaiban orang...jgn sesekali mencari-cari klmhn org lain..elakkan mengampu dan mengadu domba..yaAllah selamatkanlah dan teguhkanlah perpaduan umat Islam!!

pak ali berkata...

ana hairan dgn org2 yg bagi komen di atas, jgn meng aibkan org lain,kenapa tak tanya betulke ustaz harun kata begitu,mana buktinya? then bila keluar bukti spt dalam kes dr hassan dan ust nasa,org2 ini akan senyap dan mula bagi hujah karut.

jgn taksubla tuan2,ana pun lama dalam pas tapi takda berfikran jumud spt itu

medikal-info berkata...

hehe..setuju dengan pak ali..

yang komen ni sume orang baru pas..dok peringkat bawahan lagi..politik, agama, perlembagaan taktau apa lagi..sejarah pas apatah lagi..koho bolok..bo la wei cakap byk..tanpa nama tu orang pas ke umno..

siputbabi berkata...

Ko dan YB ko tu memang celaka!! Inilah manusia2 munafik dalam PAS!

Tanpa Nama berkata...

kenapa ekau tak kata harun din munafiq???

Tanpa Nama berkata...

AKU DOK RASA NASIB BAIK RAKAMAN TU TAK SAMPAI KAT TANGAN TULANG BESI TIDAK MESTI DIA DEDAH DAH DALAM BLOG DIA MACAM DIA BUAT KAT HASAN ALI DENGAN NASA

MAMPUSLAH HARUN DIN OIIIII...