MENYEBAR ATAU MEMPERTAHANKAN ISLAM?
Pasukan bola yang mengambil sikap sentiasa defend, selalunya tidak akan menang. pasukan bola yang menang, adalah pasukan bola yang selalu menyerang.
Dalam berdakwah pun, keadaannya agak sama. Dalam isu kalimah "Allah", ramai umat islam mengambil sikap defend, bukan menyerang. Maksudnya, mereka tidak menjadikan isu kalimah Allah ini sebagai ruang terbaik untuk menyebarkan islam, tetapi mengambil sikap defend atau bertahan dengan dakwaan untuk menjaga aqidah umat Islam.
Ramai umat Islam yang mengambil sikap mempertahankan islam, tetapi berapa ramai umat islam yang mengambil sikap untuk menyebar-luaskan islam?
Disebabkan agak tiada minda untuk menyebarkan islam di kalangan umat islam melainkan sedikit sahaja, menyebabkan islam agak susah berkembang, seterusnya Umat Islam semakin hari semakin mengecil. Umat Islam itu hanya dilihat ramai dari sudut kuantiti, tidak tidak mempunyai sebarang kualiti.
Jika kita hayati pada sirah, kita akan dapati bahawa nabi SAW mengambil sikap menyebar dan mempertahankan islam. tindakan nabi SAW tidak seperti sebilangan besar umat islam kini yang lebih suka mempertahankan Islam, tanpa berfikir untuk menyebarkan islam.
Keadaan yang sama juga berlaku pada Abu Bakar as-Siddiq dan Omar. Lantaran, islam di zaman mereka, bukan sekadar di sekitar tanah arab, tetapi sudah merebak sampai ke benua selain arab.
Di zaman Osman dan Ali, umat islam lebih mengambil sikap pertahankan islam sahaja, ditambahi lagi dengan wujudnya perbalahan dalaman umat islam. Justeru, pemerintahan islam di zaman itu, semakin hari semakin mengecil dan seterusnya umat Islam ditimpa kemurungan yang amat sangat, iaitu dengan kejatuhan kerajaan osmaniyyah turki pada tahun 1924 yang lampau.
Sampai bila umat islam berada dalam keadaan begini? Selagi pemikiran jumud menguasai dunia Islam, selagi itu islam tidak akan berjaya menguasai dunia.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Danau Kota
8 Januari 2010 * 10:13 malam
4 ulasan:
Ustaz,
Sekali lagi hujah anta naif... Pertama anta kena beza antara soal Aqidah dan Dakwah... Dalam isu ini Nature perbahasan Aqidah membicarakan sifat2 kesempurnaan Allah mempertahan muslim dari dakyah palsu tentang sifat2 Allah... Dakwah kena sebar hal sebenar tentang kebesaran dan keagungan Allah...
Ana melihat isu ini sebenarnya isu Aqidah yang mesti diperjelaskan dgn sebaik mungkin berkenaan nama Allah yang hanya layak bagi Yang mempunyai segala sifat kesempurnaan... Ini soal asas kepercayaan seorang Islam pada Allah...
Persoalannya adakah dengan kita memberi ruang membenarkan nama Allah digunakan pada maksud yang salah dalam artikel2 Kristian Melayu maka kita mempunyai ruang yang lebih besar utk dakwsh... Ana hairan macamana anta sebagai seorang Ustaz boleh fikir macam tuh...
Bukankah jika kita mempertahankan Nama Allah dengan sifatNya yang sebenar dan menerangkannya kepada Non-Muslim juga satu bentuk PENYEBARAN yang lebih jelas dan BERMARUAH daripada apa yg anta lakukan...
Maaf, ana semakin keliru dgn hujah2 anta berbelit dan mengelirukan... Sekarang ni siapa yang bertahan dan siapa yang menyerang dan siapa yang menyebarkan??? Dan apa yang lebih penting ialah APA yang disebarkan... Anta nak sebarkan Allah yang mereka sebut dalam Bible sama dengan Allah yang kita sembah... Anta dah pening syeikh...
HALO BRO MUNIR
HANG TAK BAGI KAFIR TU GUNA NAMA ALLAH. MAKNANYA HANG NAFIKAN HAK DEPA TAU..
BILA HANG NAFI. SAMPAI BILA-BILA PUN KAFIR TU TAK NAK DENGAR ISLAM HANG. NAK DENGAR BUAT APA. ISLAM DAH NAMPAK ZALIM. YANG DOK ZALIMKAN PUN, ORANG ISLAM MACAM HANG LA..
Assalamu alaikum ustaz!
Bila bercerita tentang nama allah ni, saya teringat tentang kisah yg diceritakan oleh guru saya ketika masih belajar berkenaan satu kisah pada zaman rasulullah sewaktu tentera islam berperang menentang kafir dimana pada ketika itu seorang sahabat telah membunuh seorang arab yg disangka dan diyakini seorang kafir walaupun orang itu mengaku bahawa beliau seorang muslim dan mengucap dua kalimah shahadah dan meyakini bahawa dia beriman kepada allah dan rasul. Walaupun diyakini bahawa beliau seorang kafir tetapi apabila beliau menyebut perkataan allah dan beriman kepada allah. Maka telah turun ayat allah yg melaknat perbuatan sahabat membunuh pemuda tersebut setelah beliau mengaku beriman kepada allah dan allah menyelar sahabat tersebut yg seolah mampu membaca isi hati pemuda tersebut. Begitu juga dgn kisah rasul memberi perlindungan kepada orang yg berselindung di rumah2 yg telah disebutkan serta di rumah2 ibadat yg menyebut nama allah ketika waktu peperangan?
Terdapat juga firman allah yg dijelaskan:
Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu * (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena MEREKA BERKATA; "TUHAN KAMI ADALAH ALLAH". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, YANG DISEBUTKAN NAMA-NAMA ALLAH. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa"
(Surah Al-haj : 39-40)
Disamping itu, menurut ustaz yg megupas isu tauhid di sebuah blog mengatakan bahawa tidak layak bagi kristian atau pihak2 yg menyeleweng dari agama allah melalui rasul2 yg sebelumnya serta kitab2nya untuk menggunakan perkataan Allah sedangkan diutuskan rasulullah utk meneruskan kebenaran agama allah dan menyempurnakan agama islam itu sendiri dengan menyebarkan dakwah dan risalah islam disamping menentang penyelewengan ahli2 kitab serta pengikut2 ajaran rasul yg sebelumnya.
Maksudnya sekiranya rasional itu digunapakai, setelah diutuskan rasulullah sebagai rasul terakhir, maka ahli2 kitab mahupun pengikut2 mereka yg tidak menerima kerasulan nabi dan risalah yg dibawa adalah tergolong dari mereka yg sesat dan tidak layak bagi mereka menggunakan nama allah. Bagaimana pula rasionalnya islam dan ulama'2 salaf terdahulu sehingga ulama' Azhar sekarang membenarkan dan mengakui dan mengiktiraf mereka2 ini adalah pengikut agama samawi setelah jelas kesesatannya dan ada pula dikalangan mereka (ulama') yg sanggup berkahwin mahupun memakan daging sembelihan mereka sedangkan ketika mereka menyembelih dan beribadat, mereka merujuk kepada allah berdasarkan pemahaman mereka yg sesat itu (unity mahupun trinity).
Saya juga belum pernah mendengar kesepakatan ulama' terutama ulama' Al Azhar yg mengatakan puak2 kristian mahupun yahudi adalah puak yg telah jauh sesat dan bukan lagi tergolong dari agama samawi malah saya mendengar perkara yg disebaliknya berlaku.
Bagaimana pula bagi non muslim yg menyebut atau mempelajari ayat Quran atau nama allah itu patut dicegah dan dihalang berdasarkan pendapat ustaz terbabit? Sekiranya begitu, bagaimana kita mahu mendedahkan tentang islam sekiranya mereka tidak dibenarkan membaca, mempelajari dan menggunakan ayat quran dan nama allah? Bukankah pada zaman rasulullah, kebanyakan mereka yg memeluk islam akibat tertarik dgn ayat2 alquran yg banyak menerangkan tentang allah, kekuasaan dan keesaannya disamping kebenaran risalah islam? Bukankah kebiasaannya non muslim yg mahu masuk islam mempelajari, mengenali, membuat perbandingan serta mengamalkan serba sedikit ajaran baru memeluk islam?
Bagaimana pula segelintir ulama' yg menghukum dgn melarang non muslim dari masuk ke ruang ibadah didalam masjid dan menyamakan mereka seperti orang yg datang haid. Bukankah banyak org kafir yg mahu memeluk islam pada zaman rasulullah berjumpa rasulullah didalam masjid. Sekarang juga banyak berlaku dimana non muslim masuk dan mendengar kuliah2 yg diadakan didalam masjid oleh ustaz2 bagi mengenal islam sebelum mereka memeluk islam.
Saya khuatir juga berkenaan ulama'2 yg dikatakan atau digelar wahabi yg berleluasa pengaruhnya di negara2 arab pada masa ini hatta di Al Azhar sendiri yg mempengaruhi ilmuwan2 sekarang dalam melahirkan pandangan2 keras sebegini. Ditakuti pandangan2 tegas mereka ini kelak akan disamakan dengan Taliban dan sebagainya yg boleh memburukkan imej islam itu sendiri.
Sedangkan para ulama'salaf terdahulu ketika mengembangkan ajaran dan dakwah islam mereka terutamanya di nusantara ini agak berhikmah caranya hingga berjaya mengislamkan berpuluh2 ribu orang dan mereka juga turut berkompromi didalam sesetengah perkara hatta isu aqidah yg berkait dgn budaya kaum itu sebelum mereka betul2 memahami, mememeluk dan mendalami ilmu islam.Setelah itu baru ditekankan dan diharamkan perkara2 dalam amalan budaya mereka yg menyalahi hukum islam.
Saya juga terbaca kisah dimana ketika Raja Tar tar yg sangat anti islam(kalau tak silap) menakluki Iraq (sekarang) lalu membunuh ulama' islam serta membakar kitab2 ketika itu yg diriwayatkan sungai2 menjadi hitam dan tanah dibanjiri dgn darah akhirnya turut memeluk islam atas usaha dakwah secara hikmah seorang ulama' yg menyebabkan seluruh tentera2nya juga turut memeluk islam.
Ada juga yg menyebut Allah, nama allah yang esa serta kitabnya tidak perlu dibela sesuai dgn sifat keesaannya , yg perlu dibela adalah umat2nya dimana iman2 mereka ini senipis kulit bawang. Wallahu a'lam.
P/s: Boleh ustaz tlg komen dan ulas tentang kisah2 di atas serta memperbetulkan pemahaman saya sekiranya salah. Saya pada mulanya menganggap bahawa tidak salah menggunakan perkataan allah dikalangan org yg bukan islam tetapi setelah mengikuti hujah seorang ustaz itu menyebabkan saya jadi sedikit keliru tapi saya masih berpegang bahawa sebarang penyalahgunaan dan penyelewengan harus dikawal, disekat dan ditolak sepenuhnya. Saya hanya mahukan penjelasan dari ustaz pula berhubung hal2 di atas.
Saya yg dhaif.
Catat Ulasan