WAHAI PIMPINAN PAS, KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
“Kita kena kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah”. Itulah ungkapan yang sering kedengaran dari mulut pimpinan-pimpinan yang mendakwa perjuangkan islam.
Apakah quran rujukan mereka itu adalah quran yang Allah turunkan; Apakah hadis yang mereka baca itu hadis Nabi Muhammad SAW, tidak diketahui. Quran mana, dan hadis mana yang mereka rujuk, tidak diketahui.
Isu kalimah “Allah” yang menjadi perdebatan, tidak diketahui dari mana sumber rujukan Idris Ahmad, Nasha mat isa, Taib Izzamuddin dan Zul Kulim. Yang ada pada mereka, tidak boleh orang bukan islam menggunakan kalimah Allah. tetapi, mana dalil-dalil mereka, tidak dikemukakan.
Pelik mereka mendakwa pengikut Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi dalam isu kalimah “Allah” ini, mereka mengambil sikap mempertahankan pendapat yang bersalahan dengan firman Allah dan sabda Nabi SAW.
Jika kita mendengar ucapan Taib Izzamuddin yang dinukilkan dalam blog Roslan SMS (sila klik). Dalam ucapan beliau dalam parlimen, hujjah yang dikemukakan oleh beliau tidak mengandungi hujjah ilmu. Biarkan dia berpendidikan agama, dan pernah memegang jawatan sebagai Imam Masjid Negara, tetapi cara dia berhujjah, tidak menggambarkan keilmuan dalam berhujjah.
DESAK JAKIM
Sepatutnya, apabila isu kalimah ”Allah” ini tercetus, sebagai pimpinan Parti islam, Idris Ahmad dan Nasha Mat Isa tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak bersandarkan kepada Islam ini. sebaliknya, perlu berfikir kaedah yang paling baik dalam usaha hendak memahamkan rakyat non Muslim terhadap maksud Allah yang sebenar, agar mereka jelas maksud Allah dari sudut Islam, dan Allah dari sudut selain islam. ini kerana, begitu yang sebenarnya yang dilakukan oleh nabi SAW.
Alangkah cantik lagi, jika pimpinan PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam agar bersama-sama mendesak JAKIM, JAIS, Pusat Islam dan sebagainya, agar serius melakukan penerangan secara menyeluruh dalam memberi penerangan terhadap maksud kalimah ”Allah” ini.
Jika ini berjaya, sudah pasti kita telah mendapat dua keuntungan, iaitu keuntungan dalam memahamkan Islam kepada non Muslim, juga keuntungan dengan melihat keadaan UMNO – Laknatullah alaihim Ajmain – terhadap seruan memantapkan dakwah di malaysia.
Dari situ, sudah pasti isu tauliah dalam ceramah akan dilonggarkan demi melihat kalimah ”Allah” difahamkan kepada seluruh rakyat Non Muslim. Tetapi, apakah daya, pemikiran ijtihad 300 tahun dahulu masih membeku, menyebabkan pemikiran 300 tahun dahulu digunakan di tahun 2010.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B),Sg Buloh
3 Januari 2010 * 11:03 malam
5 ulasan:
Kenapa tak tulis nama TGNA ??? http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23979:nik-aziz-bimbang-perkataan-allah-disalahguna&catid=1:utama&Itemid=50.kenapa sebut nama-nama tu je??? Nik Aziz bimbang perkataan Allah disalahguna.
Salam Ust 1G..
Surah Muhammad - ayat 34.
(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan) dan Dia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.
Tolong Huraikan...
Ingin Tahu
(Sg Buloh)
awat hang buat tulisan muqaddimah hang ni..
"Hujjah menghalang non Muslim dari menggunakan kalimah ”Allah” dengan alasan bahawa non Muslim mempunyai agenda tersembunyi, merupakan hujjah yang paling bodoh." rujuk tulisan sebenar hang sebelum hang buang kat http://kasihislam.blogspot.com
sedap aje kata org BODOH.. hang SORANG SAJA PANDAI AJE
wan ji ni anak didik khalid samad...dulu bljr pakistan dan mesir blk malaysia berguru pula dgn khalid samad..mestilah dia backup khalid samad tu....wan ji sorang je betul ke?
tanpa nama ni suka lebel orang macam harun taib... ni mesti budak harun taib ni....
Catat Ulasan